Page 265 - SK tingkatan 5
P. 265

Rajah 3.2.34  Memilih fail sandaran yang pernah dibuat

                    5  Cari fail sandaran yang telah dicipta sebelumnya seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.2.35.
                    6  Klik ‘GO’.














                             Rajah 3.2.35  Paparan output setelah berjaya memulihkan (restore) pangkalan data dbpelajar

                   3.2.8   Melaksanakan Beberapa Bentuk Pertanyaan
                           (Query) Pangkalan Data


                  Sesuatu  maklumat  yang  telah  disimpan  dalam  pangkalan  data  boleh  diperoleh  semula  dengan
                  menggunakan mekanisme Pertanyaan (Query). Struktur pertanyaan yang digunakan kepada pangkalan
                  data akan menggunakan format yang telah ditetapkan dan kebanyakan sistem pengurusan pangkalan
                  data menggunakan Structured Query Language (SQL).

                     Penggunaan pertanyaan ini akan mencari serta menyusun data daripada satu atau lebih jadual
                  (table). Terdapat beberapa fungsi kendalian dalam pertanyaan ini bagi memudahkan pencarian data
                  berdasarkan kriteria carian yang boleh digunakan.
                  Terdapat dua jenis pertanyaan iaitu:
                   (i)  Pertanyaan Tindakan – bentuk pertanyaan yang akan menjalankan tugas bersama-sama data yang
                     sedia ada dari pangkalan data. Antara bentuk tindakan adalah seperti mencipta jadual baharu,
                     menambah, mengemas kini atau menghapuskan data dalam jadual.
                   (ii)  Pertanyaan Memilih – bentuk pertanyaan yang akan mengambil data yang sedia ada dari pangkalan
                     data untuk digunakan. Hasil dari pertanyaan boleh dipaparkan pada skrin, dicetak atau disalin/
                     disimpan.

 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 257
   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270