Page 309 - SK tingkatan 5
P. 309

Helaian gaya dalaman (Internal Style Sheet)
                  Helaian gaya dalaman bermaksud tag gaya boleh ditulis sama ada di dalam kawasan “<head>” atau
                  “<body>”. Anda boleh menulis tag gaya dalam kedua-dua kawasan tersebut.  “<style>” boleh
                  diletakkan di mana-mana bahagian sama ada sebelum tag HTML atau selepas tag HTML.



                   CONTOH        3


                  Contoh 3 menunjukkan CSS menggunakan Internal Style Sheet yang ditulis dalam kawasan "<head>”.
                  Atur cara HTML, CSS dan output ditunjukkan dalam Rajah 3.3.44.

                    <html>
                      <head>
                         <title>Penggunaan CSS</title>
                         <style>
                             h1
                             {
                                  color: blue;
                             }
                          </style>
                      </head>
                      <body>
                         <h1>Laman Web Sekolah</h1>
                      </body>
                    </html>
                  Output:







                                    Rajah 3.3.44  Contoh HTML, CSS dan Output (Internal Style Sheet – <head>)



                   CONTOH         4

                  Contoh 4 menunjukkan CSS menggunakan Internal Style Sheet yang ditulis dalam kawasan “<body>”.
                  Atur cara HTML, CSS dan output ditunjukkan dalam Rajah 3.3.45.

                    <html>
                      <head>
                         <title>Penggunaan CSS</title>
                      </head>
                      <body>
                       </style>
                          h1
                          {
                             color: blue;
                          }
                       </style>
                       <h1>Laman Web Sekolah </h1>
                      </body>
                    </html>


                                                                   BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 301
   304   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314