Page 313 - SK tingkatan 5
P. 313
• Bayang teks (Text shadow)
Tahukah
Sintaks yang berikut akan menambah bayang-bayang atau shadow Anda
pada teks kepala (header text) sebanyak ketebalan dua piksel, jarak
bayang dengan dua piksel dan bayang-bayang akan berwarna hitam. #000000 merujuk
kod warna berbentuk
h1 Hexadecimal dalam
{ hTML.
text-shadow: 2px 2px #000000;
}
CONTOH 8
Contoh 8 menunjukkan teks bagi <h1> mempunyai bayang-bayang berwarna hitam dengan ketebalan
bayang-bayang sebanyak 2px (piksel) dan jarak antara bayang-bayang dengan teks asal sebanyak 2px
(piksel). Atur cara HTML, CSS dan output ditunjukkan dalam Rajah 3.3.49.
<html>
<head>
<title>Bayang Teks</title>
<style>
h1
{
text-shadow: 2px 2px #000000; 2
}
</style>
</head>
<body>
<h1>Laman Web Sekolah</h1> 1
</body>
</html>
Output:
Rajah 3.3.49 Contoh HTML, CSS dan Output (shadow)
Penerangan:
1 Terdapat heading <h1> pada laman web.
2 Penetapan CSS text-shadow: 2px 2px #000000; menjadikan bayang-bayang pada teks dengan
tebal bayang-bayang sebanyak 2px dengan kod warna bayang-bayang #000000, iaitu hitam.
BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 305

