Page 333 - SK tingkatan 5
P. 333
CONTOH 25
Contoh 25 menunjukkan heading <h1> yang mempunyai border, iaitu garis luar dan jenis garisannya adalah
solid serta ditetapkan ketebalan border sebanyak 5 piksel. Atur cara HTML, CSS dan output ditunjukkan
dalam Rajah 3.3.67.
<html>
<head>
<title>Gaya Border</title>
<style>
h1
{
border-style: solid; 2
border-width: 5px;
}
</style>
</head>
<body>
<h1>Laman Web Sekolah</h1> 1
</body>
</html>
Output:
Rajah 3.3.67 Contoh HTML, CSS dan Output (borders)
Penerangan:
1 Terdapat heading <h1> pada laman web.
2 border-style:solid ialah jenis border yang digunakan.
CONTOH 26
Contoh 26 menunjukkan border bagi heading <h1> yang mempunyai garisan jenis dashed. Atur cara
HTML, CSS dan output ditunjukkan dalam Rajah 3.3.68.
BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 325

