Page 334 - SK tingkatan 5
P. 334

<html>
                     <head>
                       <title>Gaya Border</title>
                      <style>
                            h1
                            {
                               border-style: dashed;    2
                               border-width: 5px;
                               border-color: red;
                            }
                      </style>
                     </head>
                     <body>
                       <h1>Laman Web Sekolah</h1>     1
                     </body>
                   </html>
                  Output:












                                         Rajah 3.3.68  Contoh HTML, CSS dan Output (jenis border)

                 Penerangan:
                  1   Terdapat heading <h1> pada laman web.
                  2   border-style: dashed ialah jenis border yang digunakan.





                 Membina Laman Web HTML yang Mengandungi CSS untuk
                 Memberikan Gaya kepada Position


                 Bahagian ini akan menetapkan kedudukan sesuatu komponen atau tag dalam “<body>” seperti
                 “<h1>”. Kedudukan ditetapkan dengan penetapan komponen-komponen CSS, iaitu bekas atau
                 container seperti “<h1>”, jenis kedudukan seperti relative, lebar bekas (width) dan tinggi
                 bekas (height) dalam piksel atau peratus dan kedudukan seperti  top,  left,  right dan
                 bottom dalam piksel. Kedudukan bermula daripada nilai-nilai  top 0,  left 0,  right 0 dan
                 bottom 0. Terdapat beberapa jenis kedudukan, iaitu:
                 •  Static
                   Kedudukan ini ialah kedudukan lalai setiap elemen HTML yang terdapat dalam dokumen. Kedudukan
                   elemen akan mengikut turutan atau susunan pada laman web. Kedudukan elemen  tidak akan
                   berubah atau tidak akan mengikut ketetapan.


                 326   Sains Komputer Tingkatan 5
   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339