Page 68 - SK tingkatan 5
P. 68
2.1 Bahasa Pertanyaan
Berstruktur: SQL
Standard (Structured Query
Pembelajaran
Language)
Pada akhir pembelajaran
murid dapat
2.1.1 Melakar ERD (Entity
Relationship Diagram) bagi 2.1.1 Rajah Hubungan Entiti
permasalahan yang diberikan (Entity Relationship Diagram – ERD)
2.1.2 Menghasilkan
skema hubungan yang Pangkalan data ialah himpunan data berkaitan yang boleh dikongsi
ternormal (normalize) bersama oleh pelbagai kategori pengguna. Contoh aplikasi pangkalan data
daripada permasalahan yang
diberikan ialah Sistem Pinjaman Buku, Sistem Maklumat Pelajar, Sistem Tempahan
Tiket dan sebagainya. Sebelum membangunkan sistem pangkalan data,
2.1.3 Membina anda perlu mengenal pasti masalah sistem sedia ada terlebih dahulu. Anda
pangkalan data hubungan
menggunakan SQL: Table perlu mengetahui dan memahami proses dan aliran data dalam sistem
sedia ada. Penyelesaian kepada masalah tersebut dapat digambarkan
2.1.4 Menggunakan SQL dengan menggunakan Rajah Hubungan Entiti (ERD). Rajah hubungan entiti
untuk memanipulasi data
seperti sisip/tambah, padam ialah model asas dalam membina pangkalan data. ERD merupakan teknik
dan kemas kini yang digunakan untuk memodelkan data yang diperlukan dalam suatu
organisasi. ERD juga menerangkan konsep tentang struktur pangkalan
2.1.5 Menggunakan SQL
SELECT untuk mendapatkan data. Terdapat tiga komponen asas dalam ERD, iaitu entiti, atribut dan
data semula dengan perhubungan.
menggunakan GROUP BY
dan ORDER BY
Struktur Rajah Hubungan Entiti
2.1.6 Menggunakan fungsi
AVG, SUM, MAX, MIN dan Entiti ialah objek atau konsep yang unik dan dapat dikenal pasti dalam
COUNT persekitaran tertentu seperti orang, tempat, benda atau peristiwa yang
2.1.7 Membina pangkalan dikutip dan disimpan sebagai data. Contoh entiti ialah MURID, GURU,
data hubungan dengan BUKU, PEPERIKSAAN. Entiti diwakilkan dalam bentuk segi empat tepat
menggunakan SQL bagi seperti berikut:
menyelesaikan masalah
MURID
Terdapat dua jenis entiti, iaitu:
Uji Minda
• Entiti kuat
Berikan contoh lain Entiti kuat boleh wujud tanpa bersandar pada entiti lain.
bagi aplikasi sistem Contoh: MURID, GURU, MATAPELAJARAN.
pangkalan data yang
anda ketahui. • Entiti lemah
Kewujudan entiti lemah bersandar pada entiti kuat.
60 Sains Komputer Tingkatan 5

