Page 71 - SK tingkatan 5
P. 71

Hubungan ialah penyatuan antara entiti. Dalam sebuah ERD, terdapat
                  banyak entiti yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. Oleh           MalaysiakU!
                  sebab itu, hubungan digunakan untuk menyatukan satu atau lebih entiti
                  yang terdapat dalam ERD. Hubungan menunjukkan bagaimana dua entiti   Pada 26 Oktober 2016,
                  berkongsi maklumat dalam pangkalan data. Hubungan dilabelkan dengan   Perdana Menteri Dato’
                  kata kerja. Contoh: mengajar, mendaftar dan menginap.               Sri Najib Tun Razak
                                                                                      menggesa penggiat
                     Seorang GURU mengajarkan sekurang-kurangnya satu MATAPELAJARAN.  sektor digital tempatan
                  Hubungan diwakilkan dalam bentuk permata seperti dalam Rajah 2.1.4.  agar bekerjasama
                                                                                      dengan komuniti
                                                                                      teknologi global kerana
                                                                                      Malaysia akan meraih
                                                                                      manfaat yang besar jika
                       guru                  mengajar             mataPELajaran       potensi ekonomi digital
                                                                                      dieksploitasi dengan
                                                                                      sepenuhnya. Kerajaan
                                                                                      mengumumkan bahawa
                                                                                      2017 merupakan Tahun
                                                                                      Ekonomi Internet
                                                                                      Malaysia.
                                             hubungan

                                          Rajah 2.1.4  Hubungan

                     Kunci primer ialah atribut unik yang membezakan rekod dalam sebuah
                  pangkalan data. Setiap entiti hanya mempunyai satu kunci primer sahaja.
                  Contoh kunci primer untuk entiti MURID ialah NoKadPengenalan dan kunci
                  primer untuk entiti GURU ialah NoKakitangan.

                     NoKadPengenalan bersifat unik kerana seorang murid hanya mempunyai   ER Model
                  satu NoKadPengenalan dan nombornya berbeza dengan murid yang lain.   goo.gl/9G641p
                  Tidak ada murid yang mempunyai NoKadPengenalan yang sama. Dalam
                  ERD, kunci primer hendaklah digariskan.

                     Kekardinalan menunjukkan hubungan dari segi kuantiti data antara
                  suatu entiti dengan entiti yang lain. Terdapat dua jenis kekardinalan, iaitu:

                  •  Kekardinalan Minimum
                     Minimum data suatu entiti berkait dengan entiti lain. Contoh: Katakan   Cardinality
                     terdapat dua entiti, iaitu GURU dan MATAPELAJARAN. Seorang GURU   goo.gl/qaVHPB
                     mengajar sekurang-kurangnya satu MATAPELAJARAN. Maka kekardinalan
                     minimum ialah satu kerana seorang guru mesti mengajar sekurang-
                     kurangnya satu mata pelajaran. Tidak ada guru yang tidak akan mengajar.
                  •  Kekardinalan Maksimum
                     Maksimum data suatu entiti berkait dengan entiti lain. Contoh: Satu
                     MATAPELAJARAN boleh diajar oleh seorang GURU atau lebih. Seorang
                     guru boleh mengajar maksimum lebih dari satu mata pelajaran. Maka
                     kerkardinalan maksimum adalah banyak.





                                                                         BAB 2  Pangkalan Data Lanjutan 63
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76