Page 90 - SK tingkatan 5
P. 90

Mengubah Struktur Jadual

                                         Kadangkala anda ingin membuat perubahan pada struktur jadual yang telah
                                         dicipta. Antaranya seperti menambah medan, meminda atau mengubah
                                         jenis data dan saiz medan dan menghapuskan medan yang tidak diperlukan.
                                         Perkara ini boleh dilakukan dengan pernyataan ALTER TABLE.
                                         Format:
                                          ALTER TABLE nama_jadual
                                          pilihan perubahan;

                                         Penerangan:
                                         ALTER TABLE – ialah arahan asas untuk mengubah struktur jadual
                                         Nama_jadual – ialah nama jadual yang akan diubah
                                         Pilihan perubahan – contoh: menambah medan, meminda jenis data dan
                                         menghapus medan.

                                         Sisip/Tambah Medan

                                         Sesuatu jadual boleh ditambah medan dengan menggunakan pernyataan
                                         ADD.

                                         Format:
                                          ALTER TABLE nama_jadual
                                          ADD nama_medan jenis data (saiz);


                  CONTOH        3

                 Contoh 3 menunjukkan pernyataan SQL untuk menambah medan alamat ke dalam jadual barang seperti
                 dalam rajah 2.1.20. terdapat dua cara untuk menambah medan:
                 (a)  menambah medan baharu selepas medan terakhir.
                    Pernyataan SQL:





















                                                Rajah 2.1.20  Menambah medan baharu Alamat

                  82   Sains Komputer Tingkatan 5
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95