Page 88 - SK tingkatan 5
P. 88
Mencipta Jadual (CREATE table)
MalaysiakU! Apabila pangkalan data telah siap dicipta, klik pada pangkalan data
tersebut untuk mencipta jadual yang anda inginkan. Beberapa perkara
Di bawah Rancangan yang berikut perlu dipertimbangkan sebelum mencipta jadual:
Malaysia Kesembilan
(2006–2010), SIRIM 1 Kenal pasti jenis data dan saiz maksimum medan untuk setiap atribut.
telah diberikan mandat
untuk membangunkan 2 Kenal pasti medan-medan yang akan menerima nilai null.
pangkalan data 3 Kenal pasti medan yang akan menjadi kunci utama. Kunci utama
Penilaian Kitaran Hayat
(LCA) atau Life-Cycle digunakan untuk mengenal pasti rekod dalam jadual. Kunci utama
Assessment yang perlu unik dan tidak boleh mengandungi nilai null.
akan membolehkan Format:
industri menilai impak
kitaran hayat proses
pengeluaran dan CREATE TABLE nama jadual (
pengilangan. Perkara Nama_medan1 jenis data (saiz) PRIMARY KEY,
ini menggalakkan Nama_medan2 jenis data (saiz) NOT NULL,
penggunaan teknologi Nama_medan3 jenis data (saiz),
mesra alam dan ……………
pemakaian peraturan )
kendiri.
CONTOH 2
Contoh 2 menunjukkan cara mencipta jadual bernama Barang yang mempunyai lima medan. Katakan
jadual Barang mengandungi struktur seperti dalam jadual 2.1.12.
Jadual 2.1.12 Struktur jadual bARANg
BARANG
Nama Medan Jenis Data Keterangan
NoBarang VARCHAR (6) Kunci utama
Nama VARCHAR (10) NOT NULL
Kuantiti INT (3)
HargaSeunit FLOAT (5,2)
IDMurid VARCHAR (12)
noBarang adalah kunci utama bagi jadual ini. medan nama ditakrif sebagai nOt nuLL, iaitu bermaksud
medan tersebut perlu ada nilai dan tidak boleh ditinggalkan kosong. untuk mencipta jadual dalam pangkalan
data storsukan, pastikan anda klik pada storsukan dan kemudian klik SQL untuk menulis pernyataan SQL.
Seterusnya, klik GO untuk melaksanakan pernyataan SQL seperti dalam rajah 2.1.17.
80 Sains Komputer Tingkatan 5

