Page 3 - BUKU PROGRAM ORIENTEERING
P. 3
Sekapur Sirih
Ahli Parlimen P166 Labuan
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera
Sekalung tahniah saya hadiahkan buat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) atas usaha untuk menganjurkan Program Orienteering Kadet Pasukan
Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah banyak menganjurkan
pelbagai aktiviti ke arah melahirkan generasi yang cemerlang dan terdidik
bagi menjana rakyat dan masyarakat yang memiliki minda kelas pertama.
Sebarang usaha penambahbaikan secara konsiten dan istiqamah diperlukan
bagi memastikan mutu pendidikan negara kita standing dengan pendidikan di
negara-negara maju.
Program ini juga membuka peluang kepada semua peserta yang terdiri
daripada seluruh negeri di Malaysia untuk meneroka Wilayah Persekutuan
Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang akan dilawati. Saya
juga berharap anda semua akan menikmati pemandangan dan merasai
pengalaman yang indah semasa berada di Pulau Mutiara, Wilayah
Persekutuan Labuan.
Sekali lagi saya ucapkan Tahniah dan Syabas! Kepada Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Labuan atas penganjuran Program Orienteering Kadet
Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.
Sekian, terima kasih.
DATUK ROZMAN BIN DATUK HJ ISLI
2

