Page 4 - BUKU PROGRAM ORIENTEERING
P. 4

Sekapur Sirih
                      Pengarah Pendidikan
                      Jabatan Pendidikan W.P. Labuan




      Bismillahirrahmanirahim
      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

      Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya jua maka
      saya dapat menyampaikan sepatah dua kata sekalung tahniah dan syabas kepada semua
      warga Jawatankuasa Pengelola Program  Orienteering Kadet  Pasukan  Badan  Beruniform
      Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 atas usaha gigih bagi menjayakan program ini. Saya
      mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi -tinggi penghargaan dan terima
      kasih  kepada  Bahagian  Sukan  dan  Kokurikulum  dan  Kesenian,  KPM  kerana  memberi
      penghormatan  dan  kepercayaan  kepada  Jabatan  Pendidikan  W.P.  Labuan  untuk
      mengelolakan program kebangsaan ini.

      Saya  juga  bagi  pihak  pengelola  ingin  mengucapkan  Selamat  Datang!  Ke  Wilayah
      Persekutuan  Labuan,  Pulau  Mutiara  Laut  China  Selatan  kepada  semua  kontinjen  yang
      menyertai  program  ini.  Besarlah  harapan  kami,  agar  semua  peserta  dapat  memperoleh
      sesuatu  daripada  program  ini  dan  seterusnya  dapat  boleh  membentuk  generasi  yang
      sayangkan  negara,  memupuk  keharmonian  antara  kaum,  mampu  berdikari  dan
      mengharungi kehidupan masa depan yang penuh cabaran dari segi sosial dan budaya.

      Program ini juga secara langsung mendokong matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
      Kementerian  Pendidikan  Malaysia  yang  menegaskan  bahawa  murid-murid  di  sekolah
      perlu  diberi  ruang  untuk  mengembangkan  potensi  mereka  secara  menyeluruh  dan
      bersepadu  agar  menjadi  insan  yang  seimbang  dari  segi  intelek,  rohani,  emosi  dan
      jasmani.

      Akhir  kata  sekalung  penghargaan  dan  terima  kasih  kepada  semua  Ahli  jawatankuasan
      Pengelola  serta  semua  pihak  yang  telah  memberi  kerjasama  dan  sokongan  sama  ada
      secara  langsung  atau  tidak  langsung  bagi  menjayakan  Program  Orienteering  Kadet
      Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 .

      Sekian, terima kasih.

      RAISIN BIN SAIDIN A.D.K




      3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9