Page 3 - E-Weebly2020
P. 3

PENGENALAN MODUL









                     PENGENALAN



         Seiring  dengan  perkembangan  internet,  pemintaan  website  dikalangan  masyarakat  juga  semakin

         meningkat. Website umumnya sebagai sarana yang berguna untuk mendapatkan maklumat yang kita

         perlukan termasuklah dalam bidang perniagaan, pendidikan dan pekerjaan. Website merupakan satu
         medium yang menjadi kewajipan untuk setiap aktiviti yang dilakukan di zaman di mana smartphone dan

         gajet  mudah  alih  menjadi  sebahagian  kehidupan.  Kepentingan  jauh  menjangkau  dari  apa  yang  kita

         fikirkan sebelum ini.

                Website  adalah  kumpulan  dari  laman-laman  yang  terangkum  dalam  sebuah  domain  atau
         subdomain, yang tempatnya berada di dalam World Wide Web (WWW) di dalam internet. Sebuah laman

         web biasanya berupa dokumen yang ditulis dalam format HTML (Hypertext markup Language) yang

         selalu boleh diakses melalui HTTP ialah Protokol yang menyampaikan maklumat dari server website

         untuk  dipaparkan  kepada  para  pengguna  melalui  web  brosew.  Website  juga  kumpulan  laman  yang
         memaparkan maklumat data teks, data gambar diam atau bergerak, data animasi, suara, video atau

         gabungan dari semuanya,baik bersifat static dan dinamik yang membentu satu rangkaian bangunan yang

         saling berkaitan di mana masing-masing dihubungkan dengan rangkaian-rangkaian laman web.

                Oleh itu, Modul pengajaran ini telah dibangunkan dan disediakan untuk membantu golongan
         masyarakat dalam membangunkan website sendiri dengan menggunakan Weebly. Weebly merupakan

         salah  satu  system  web  yang  membolehkan  kita  membina  blog  dan  laman  web  secara  professional.

         Apabila  menyimpan  weebly  ke  dalam  web  hosting  dan  mengaktifkan  serta  membuat  pendaftaran

         weebly,  maka  kita  oleh  mula  menulis  isi  kandungan,  membuat  laman  pautan,  laman  profil  dan
         sebagainya. Modul ini mengandungi beberapa bahagian iaitu pengenalan modul, pengenalan weebly,

         pembangunan laman web dan Perkara yang harus dielakkan / tidak boleh dilakukan dan tidak boleh

         dilakukan. Dalam proses penyediaan modul ini, banyak pihak yang turut sama terlibat. Ucapan terima
         kasih  dan  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan  kepada  semua  pihak  yang  telah  memberi

         sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya modul ini.
















                                                                1
   1   2   3   4   5   6   7   8