Page 4 - E-Weebly2020
P. 4
OBJEKTIF: UMUM SASARAN
Membangunkan modul pengajaran laman web Golongan sasaran bagi modul pengajaran laman
dengan mengunakan Weebly dalam membantu web ini adalah golongan masyarakat yang
masyarakat membangunkan website sendiri. memerlukan pembangunan laman web sendiri
dari pelbagai diperingkat umur dan pelbagai
bidang kerana weebly adalah pembina laman
web yang mudah dan senang digunakan serta
tidak memerlukan pengetahuan pengekodan
sebelumnya untuk memulakan Weebly.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN (TEORI PEMBELAJARAN)
Pembangunan modul pengajaran ini menggunakan pendekatan Teori pembelajaran konstruktivisme. Teori
pembelajaran yang melihat pelajar sebagai Pembina pengetahuan, bukanya sebagai penerima
pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkan
dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat
pengetahuan yang disampaikan. Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif
dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi
pengetahuan. Oleh itu,dengan memilih pendekatan konstruktivisme sebagai satu pendekatan dalam
modul pengajaran laman web yang dibangunkan kerana teori ini memberi penekanan kepada penglibatan
pengguna secara aktif.
Teori ini memberi penekanan kepada tingkahlaku pengguna (hands-on) serta menekankan aktiviti
men tal (minds-on) pengguna. Mengikut pandangan teori konstruktivisme, pengguna telah mempunyai
idea tersendiri mengenai kejadian suatu fenomena sebelum memasuki bilik darjah. Pembelajaran
berasaskan komputer yang berlandaskan teori konstruktivisme menekankan kepada pembangunan suatu
perisian yang mempunyai perspektif yang pelbagai (multiple perspectives) seperti penggunaan alat
kolaborasi dan komunikasi dan juga akses kepada data bagi membolehkan pengguna belajar dari pelbagai
perspektif. Pembelajaran juga berpusatkan pengguna mengaplikasikan sepenuhnya keupayaan pengguna
untuk bebas memilih tajuk yang ingin dipenggunai, menjana persoalan sendiri serta merancang
pembelajaran masing-masing. Laman web ini juga boleh digunakan oleh pengguna sebagai bahan
sokongan dalam proses pembelajaran kendiri (self-directed learning). Tambahan pula, bagi pengguna yang
lemah, laman web ini boleh digunakan sebagai pengukuhan terhadap pemahaman mereka. Selain itu,
pengguna boleh melayari laman web ini pada bila- bila masa dan di mana – mana lokasi selagi talian
internet adalah tersedia. tidak memerlukan pengetahuan pengekodan sebelumnya untuk memulakan
Weebly.

