Page 1168 - e Prosiding Serai 2021
P. 1168
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual dan rajah di atas menunjukkan bahawa pencapaian peserta kursus dalam
ujian kemahiran menulis yang paling tinggi ialah 86 peratus iaitu seramai 3 orang manakala
yang paling rendah ialah 24 peratus. Keputusan Ujian 1 memperlihatkan hanya 3 orang
peserta memperoleh gred A, 9 peserta memperoleh gred B dan 2 peserta lagi memperoleh
gred C. Manakala dalam Ujian 2 pula seramai 1 orang peserta memperoleh gred A, 8
peserta memperoleh gred B dan 5 peserta lagi memperoleh gred C.
.
Analisis ke atas keputusan yang diperoleh oleh 14 orang peserta berdasarkan Ujian
1 dan Ujian 2 mendapati kesemua 14 orang peserta tersebut memperlihatkan keputusan
yang tidak sama berdaraskan jenis penulisan yang diambil. 1 orang peserta iaitu peserta 12
memperoleh peringkat A bagi kedua-dua ujian yang dilaksanakan. Keputusan ujian
penulisan menunjukkan ada topik yang dikuasai dengan baik oleh peserta dan ada topik
yang kurang menyerlah. Hal ini membuktikan kebanyakan peserta kurang idea untuk
mengembangkan isi penulisan dengan baik. Justeru kemahiran menulis sememangnya
menitikberatkan pencapahan idea dalam kalangan peserta. Karangan berbentuk kreatif
kurang dikuasai oleh peserta. Berdasarkan maklumat umum pencapaian peserta sebelum
ini tidak menunjukkan aras tahap pencapaian yang sama. Julat perbezaan kalangan antara
peserta menunjukkan pola yang sedemikian.
PERBINCANGAN
Instrumen yang dibangunkan berdasarkan pengujian kemahiran menulis berdasarkan Tahap
5 Cekap KSBM. Dua set ujian dibangunkan dengan pembahagian soalan terbuka dan
tertutup, Bahagian A diperuntukkan 30 minit dengan soalan terbuka yang mengandungi
bahan rangsangan gambar dan frasa kata idea utama manakala Bahagian B soalan tertutup
dengan penulisan berbentuk format dan kreatif.
Bagi soalan Ujian Set A Bahagian A (Lampiran 1) berdasarkan soalan yang
menyediakan bahan rangsangan dan frasa idea utama hanya ada lima peserta yang
memperoleh markah cemerlang iaitu dalam pemeringkatan 26-30. Manakala bagi soalan
Ujian Set A Bahagian B hanya dua orang yang memperoleh markah cenerlang iaitu dalam
skala 56-70. Manakala dua orang peserta yang memenuhi rubrik (Lampiran 3) skala
cemerlang bagi kedua-dua ujian bagi Set A.
Ujian bagi Set B Bahagian A (Lampiran 2) pula menunjukkan hanya empat peserta
yang memperoleh markah dalam skala cemerlang namun untuk Set B Bahagian B tiada
seorang peserta yang dapat dikategorikan dalam kumpulan cemerlang.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1150

