Page 1164 - e Prosiding Serai 2021
P. 1164

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PERNYATAAN MASALAH

               Kerangka  Standard  Bahasa  Melayu  (KSBM)  dibangunkan  bertujuan  untuk  menjadi  piawai

               bagi penilaian standard bahasa dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Kewujudan KSBM
               secara asasnya lahir selepas pengguna bahasa Melayu, khususnya guru sekolah yang telah

               melalui proses pendidikan dalam kurikulum dan sistem penilaian sedia ada.
                       KSBM yang terbahagi kepada 6 tahap pencapaian dan setiap tahap pula dipecahkan
               kepada  6  aras.    Setiap  aras  diperingkatkan  berdasarkan  pemeringkatan  hierarki  menaik

               dalam  Taksonomi  Bloom  (kemas  kini  oleh  Anderson  dan  Krathwohl,  2001)  seharusnya
               bersesuaian  dengan  pelbagai  kebolehan  dan  pengalaman  berbahasa  pengguna  bahasa
               Melayu.

                       Isu yang berlaku dalam KSBM ialah sejauh mana deskriptor yang diletakkan dalam
               setiap  tahap  khususnya  dalam  kategori  pendidikan  bersesuaian  dengan  keupayaan  guru
               bukan  opsyen  Bahasa  Melayu  yang  telah  melalui  sistem  pendidikan  sedia  ada  iaitu  di

               peringkat latihan perguruan khususnya institut pendidikan guru.
                       Masalah yang diberikan fokus dalam kajian ini ialah pencapaian  kemahiran menulis

               berasaskan KSBM dalam kalangan guru bukan opsyen Bahasa Melayu. Kemahiran menulis
               merupakan suatu aktiviti intelek yang saling melengkapi antara kemahiran bahasa yang lain.
               Kemahiran  menulis  paling  sukar  berbanding  komponen  kemahiran  berbahasa  yang  lain.

               Kemahiran ini sukar dikuasai oleh guru bukan opsyen kerana kemahiran ini melibatkan proses
               otak yang kompleks (Berninger & Richards, 2002). Keupayaan menulis merupakan proses

               penyaluran  maklumat  yang  bersifat  mekanikal  dan  disalurkan  secara  bersistem,  iaitu
               mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, khalayak, dan gaya penulisan.

               OBJEKTIF KAJIAN


               Objektif penyelidikan yang akan dijalankan adalah  berikut :
                   1.  Mengenal pasti kesesuaian Deskriptor  Kemahiran Menulis berasaskan Kerangka

                       Standard  Bahasa  Melayu  (KSBM)  dalam  kalangan  guru  bukan  opsyen  Bahasa
                       Melayu;

                   2.  Meneroka  kesesuaian  Deskriptor    Kemahiran  Menulis  berasaskan  Kerangka
                       Standard Bahasa Melayu (KSBM) terhadap tahap pencapaian guru bukan opsyen
                       Bahasa Melayu

                   3.  Memahami  potensi  kesesuaian  Deskriptor    Kemahiran  Menulis  berasaskan
                       Kerangka  Standard  Bahasa  Melayu  (KSBM)  terhadap  tahap  pencapaian  guru
                       bukan opsyen Bahasa Melayu.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1146
   1159   1160   1161   1162   1163   1164   1165   1166   1167   1168   1169