Page 1176 - e Prosiding Serai 2021
P. 1176

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021




                                                                                              Lampiran 3
                Contoh Rubrik Permarkahan:


                Soalan Bahagian A
                Karangan Cemerlang ( 26 -30 markah )

                  Karangan pelajar perlu menepati tema dan tugasan yang diberikan dalam bahan rangsangan.
                  Idea atau isi yang digunakan perlu dihuraikan dengan jelas dan matang sesuai dengan tahap
                   pemikiran dan pengetahuan peserta kursus.
                  Perlu menghuraikan 3 idea bernas dengan tepat serta jelas.
                  Bahasa yang digunakan oleh peserta perlu gramatis dari segi penggunaan kata dan ayat.
                  Penggunaan kosa yang luas dan tepat pada struktur ayat.
                  Pelbagai jenis ayat digunakan dan yang penting ada penggunaan ungkapan menarik.
                  Ungkapan menarik ialah peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-
                   kata hikmat dan lain-lain.
                  Pengolahan dan pemerengganan harus kemas dan teratur.Pilih penanda wacana yang sesuai
                   sebagai kesinambungan karangan dan pelbagaikan penggunaanya.
                  Jumlah kepanjangan karangan perlu patuh akan arahan soalan iaitu kepanjangan perlu melebihi
                   200 patah perkataan .Sebaik-baiknya jangan melebihi 250 patah perkataan.
                  Tulisan harus boleh dibaca oleh pemeriksa.


                Karangan Kepujian  (20-25 markah)
                  Karangan masih menepati idea yang dicerminkan dalam bahan rangsangan
                  Masih jelas idea ataupun isi yang disampaikan.
                  Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca yang digunakan betul dan tepat. Ejaan
                    masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu serta penggunaan kosa kata yang meluas.
                  Wacananya  bersifat  koheren  dan  kohesi  iaitu  bertaut  dan  bersinambungan  manakala  unsur
                    bahasa yang digunakan bervariasi
                  Idea yang dipaparkan daripada tema masih relevan dengan bahan rangsangan yang diberikan
                    dan dihuraikan dengan jelas.

                Karangan Baik  (15-19 markah)
                  Karangan masih menepati idea yang dicerminkan dalam bahan rangsangan
                  Masih jelas isi dan idea tetapi kurang dari 3 idea
                  Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca yang digunakan betul dan tepat. Ejaan
                    masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu serta penggunaan kosa kata yang meluas.
                  Wacananya  bersifat  koheren  dan  kohesi  iaitu  bertaut  dan  bersinambungan  manakala  unsur
                    bahasa yang digunakan bervariasi
                  Idea yang dipaparkan daripada tema masih relevan dengan bahan rangsangan yang diberikan
                    dan dihuraikan dengan jelas.


                Karangan Lemah/Gagal        (0-14 markah)
                  Karangan masih menepati idea yang dicerminkan dalam bahan rangsangan
                  Idea tidak dikembangakan dan kurang daripada 3 idea.
                  Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca yang digunakan betul dan tepat. Ejaan
                    masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu serta penggunaan kosa kata yang meluas.
                  Wacananya  bersifat  koheren  dan  kohesi  iaitu  bertaut  dan  bersinambungan  manakala  unsur
                    bahasa yang digunakan bervariasi


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1158
   1171   1172   1173   1174   1175   1176   1177   1178   1179   1180   1181