Page 1181 - e Prosiding Serai 2021
P. 1181

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dan hubungan antara kesejahteraan psikologi dengan keperluan perkhidmatan kaunseling
               dalam  kalangan  guru-guru  di  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM).  Antara  cadangan

               yang diberikan bagi kajian seterusnya ialah mengadakan program-program pembangunan,
               pemulihan,  pencegahan  dan  intervensi  dapat  dijalankan  terhadap  guru-guru  mengikut
               dapatan  tahap kesejahteraan  dan keperluan  perkhidmatan kaunseling  setiap guru.  Antara

               program yang dicadang oleh penulis ialah sesi bimbingan dan kaunseling, ceramah, bengkel,
               advokasi  serta  terapi-terapi  yang  bersesuaian.  Pengkaji  juga  berharap  dengan  adanya

               tindakan  susulan,  dapat  meningkatkan  lagi  kesejahteraan  psikologi  dan  keperluan
               perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  dalam  kalangan  guru-guru  di  Kementerian
               Pendidikan Malaysia (KPM).



               METODOLOGI


               Reka  bentuk  kajian  yang  digunakan  adalah  bersifat  kuantitatif  menggunakan  soal  selidik
               melalui  google  form  yang  di  sebar  melalui  media  WhatsApp  antara  pengetua  guru  besar
               dengan guru-guru di sekolah bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini melibatkan 1230 orang

               (50.3%)    daripada  2443  orang  guru  dalam  Daerah  Kuala  Nerus  dengan  menggunakan
               persampelan rawak. Jumlah sampel yang diambil adalah merujuk kepada jadual penentuan
               saiz sampel oleh R.V. Krejcie dan D.W. Morgan (1970). Data dianalisis secara deskriptif.



               DAPATAN KAJIAN DAN RUMUSAN

                       Keputusan responden menunjukkan bilangan guru mengikut keperluan perkhidmatan

               kaunseling dan psikologi adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah.
























               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1163
   1176   1177   1178   1179   1180   1181   1182   1183   1184   1185   1186