Page 760 - e Prosiding Serai 2021
P. 760
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah
tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai
gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu
memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran bagi membantu mereka menguasai isi kandungan pelajaran,
Pada ketika ini murid-murid perlu belajar melalui pesekitaran mereka yang mampu
memberi rangsangan kepada mereka. Pembelajaran adalah proses mental atau fizikal yang
membawa kepada perubahan tingkah laku ( Sheal, 1994). Oleh itu penguasaan terhadap isi
kandungan yang mereka pelajari sangat perlu untuk membantu mereka dalam proses
pembelajaran.
Pernyataan masalah
Dalam konteks kajian ini bertujuan mengetahui kaedah yang digunakan untuk mengupayakan
murid dengan memberi peluang kepada mereka benar-benar ‘belajar’, menguasai disiplin ilmu
dalam proses pendidikan berdasarkan acuan dan keupayaan diri. Kajian ini juga memberi
tumpuan kepada kandungan/standard pembelajaran. pembinaan kemahiran Abad 21.
Penglibatan murid secara mendalam, memacu pemikiran kepada soalan-soalan penyelesaian
masalah dan berasas tinggi (KBAT) serta mewujudkan keperluan untuk mengetahui.
Pembelajaran yang benar-benar ‘bermakna’ adalah pembelajaran yang melibatkan
murid-murid secara aktif dan menguasai aktiviti pembelajaran.
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti sejauh manakah soalan kajian dalam Pembelajaran Berasaskan
Kajian & Penyelidikan (RBL) membantu murid meningkatkan kefahaman terhadap isi
kandungan pelajaran.
2. Mengenal pasti pencarian sumber dalam kajian membantu meningkatkan kefahaman
terhadap isi pelajaran.
3. Mengenal pasti sama ada Pembelajaran Berasaskan Kajian & Penyekidikan (RBL)
meningkatkan kemahiran Abad 21.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 742

