Page 82 - e Prosiding Serai 2021
P. 82

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021






                G4
















               CINTA AHMAD MUTAWAKKIL (Zainal Rashid Ahmad)


               Ahmad Mutawakkil yang muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya berada dalam
               keadaan cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat manakala pakaiannnya pula dipenuhi
               dengan  darah  dan  lumpur.  Pada  pertengahan  tahun  30-an,  Tuan  Booth  sekeluarga  telah

               datang ke kampung penulis untuk meneroka belukar dengan mengupah beratus-ratus orang
               buruh bagi menenam pokok getah. Seterusnya, kisah riwayat hidup Ahmad Mutawakkil yang

               menjadi yatim piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir dan terpaksa menumpang hidup
               dengan Tuan Booth selama tiga tahun turut dikisahkan.

               Ahmad  Mutawakkil  yang  menjadi  yatim  piatu  selepas kematian  bapanya, Wak Sadir telah

               menumpang  hidup  dengan  Tuan  Booth  selama  tiga  tahun.  Pendaratan  askar  Jepun  pada
               tahun  1941  telah  mengubah  suasana  damai  di  kampung  penulis.  Ketiadaan  Tuan  Booth
               sekeluarga  telah  menyebabkan  Ahmad  Mutawakkil  hidup  terbiar.  Atas  dasar  prihatin  dan

               tanggungjawab,  Imam  Ngah  Deraman  menjadikan  Ahmad  Mutawakkil  sebagai  anak
               angkatnya.


               Tuan Booth kembali semula ke banglo di estetnya selepas Jepun menyerah kalah.  Pada suatu
               hari,   Lima orang pengganas telah menyerbu banglo Tuan Booth dan mendesak Tuan Booth
               supaya  menasihati  Ahmad  Mutawakkil  agar  tidak  menghasut  rakyat  membenci  ideologi

               komunis. Ahmad Mutawakkil hilang setelah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau pada
               malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya.  Oleh itu,   gerakan mencari
               Ahmad Mutawakkil di segenap pelosok kampung telah dijalankan oleh tiga kumpulan pencari

               termasuklah Tuan Booth namun pencarian itu menemukan kegagalan.

               Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran

               sebagai  tanda  meraikan  kemerdekaan  tanah  air  dan  majlis  bacaan  tahlil  sebagai  tanda



                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      64
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87