Page 86 - e Prosiding Serai 2021
P. 86
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang
banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara
Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba
sekalian bahawa ia ini anak hamba?” Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua
tahu juga."Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh
Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara
Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melaka pun berbelah, setengah pada
Paduka Raja,setengah pada Seri Nara Diraja.
Lampiran 5:
Jadual 3: Keputusan Ujian Pra (sebelum menjalankan aktiviti penyelidikan) dan Ujian
Pasca (selepas menjalankan aktiviti penyelidikan)
Keberkesanan Kaedah Penyelidikan - Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam
KOMSAS kepada 10 orang pelajar Program Teknologi Pembinaan Bangunan,
Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah
PELAJAR JANTINA Pra Ujian Pasca Ujian Peningkatan
Pelajar 1 Perempuan 20 60 +40
Pelajar 2 Lelaki 16 58 +42
Pelajar 3 Lelaki 32 68 +36
Pelajar 4 Lelaki 20 62 +42
Pelajar 5 Lelaki 16 52 +36
Pelajar 6 Lelaki 22 65 +43
Pelajar 7 Lelaki 30 75 +45
Pelajar 8 Perempuan 28 62 +34
Pelajar 9 Lelaki 26 68 +42
Pelajar 10 Lelaki 20 58 +38
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 68

