Page 1012 - e Prosiding Serai 2021
P. 1012
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menyokong Kumar dan Raja (2019), yang menyatakan bahawa mengintegrasikan
pembelajaran mudah alih membolehkan pendidikan jauh lebih mudah diakses daripada
kaedah penyampaian konvensional yang biasa. Bahan pembelajaran mampu diakses oleh
lebih ramai orang menerusi aplikasi mudah alih, audio siar dan buku elektronik. Biswas et al.
(2020) melaporkan 69.2% dari peserta kajian menjawab, peranti mudah alih memberi mereka
kelonggaran untuk belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa pembelajaran mudah alih adalah alat yang berguna semasa pandemik
COVID-19 di mana pelajar masih boleh mengikuti kelas walau di mana sahaja mereka berada.
Melalui kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan peserta yang mengalami
kemudahan akses ke WOW adalah peserta yang tergolong dalam kumpulan yang mempunyai
kelebihan (status ekonomi yang lebih tinggi atau selesa). Ini berkait dengan penemuan oleh
Tang (2015), dimana ia terbukti bahawa pendapatan keluarga berkait rapat dengan pemilikan
telefon dan akses yang lebih besar ke aplikasi dalam telefon bimbit. Pelajar yang mempunyai
kewangan yang lebih baik cenderung untuk melabur wang dan usaha untuk memiliki peranti
mudah alih peribadi.
b) Menghadapi kesukaran mengakses permainan dalam talian
Sebaliknya, banyak peserta dari kumpulan Orang Asal, B40 dan kumpulan yang mempunyai
kebiasaan dengan peranti mudah alih yang rendah, gagal menyelesaikan semua unit di
WOW. Kumpulan peserta ini melaporkan pengalaman mereka yang kurang memuaskan dan
kurang positif semasa mengintegrasikan permainan digital WOW sebagai alat dalam
pembelajaran kosa kata. Kebanyakan pelajar mempunyai masalah yang sama iaitu
kebolehcapaian. Berdasarkan maklum balas daripada peserta kajian, para peserta
mendedahkan bahawa mereka tidak dapat mengakses WOW kerana dua sebab utama; 1)
kekurangan akses ke peranti mudah alih dan 2) kekurangan akses ke sambungan Internet
yang baik.
Para pengkaji mengenalpasti bahawa masalah akses terhad dikongsi di antara
peserta kumpulan Orang Asal, B40 dan kumpulan yang mempunyai kebiasaan dengan alat
peranti yang rendah. Tujuh peserta daripada kumpulan ini menyatakan pengalaman mereka
sebagai tidak memuaskan dan sederhana, kerana mereka memiliki akses yang terhad ke
peranti mudah alih. P6, P3, P5 dan P7 tidak mempunyai peranti mudah alih peribadi dan
bergantung kepada telefon bimbit milik ibu bapa mereka untuk mengakses ke WOW. Walau
bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa mereka bekerja pada siang hari. Ini menyebabkan
peserta-peserta tersebut perlu menunggu ibu bapa mereka pulang ke rumah dahulu sebelum
mereka dapat menggunakan telefon bimbit. P7 dan P4 menyatakan bahawa akses ke telefon
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 991

