Page 1143 - e Prosiding Serai 2021
P. 1143
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kajian ini mendapati responden mencatat sederhana hampir setiap cabaran yang dihadapi
dan dapatan juga mendapati responden mencatat min tinggi untuk mengatasi setiap cabaran.
Kemampuan dan usaha tinggi responden bagi menghadapi pembelajaran dalam talian subjek
Pendidikan Jasmani berjalan dengan lancar dan ini membuktikan setakat mana tahap
kesediaan responden untuk menjalani pembelajaran dalam talian. Sesetengah mereka juga
pernah mengalami pembelajaran dalam talian selama tiga semester juga memainkan peranan
dalam membantu mereka untuk mengatasi sebarang cabaran yang mungkin dihadapi.
Dapatan kajian ini memberi sumbangan literatur kepada bidang yang dikaji kerana kajian-
kajian sebelum ini kebanyakannya merekodkan cabaran yang dihadapi oleh pelajar
Pendidikan Jasmani ketika menjalani pembelajaran dalam talian. Namun, kajian ini mendapati
di sebalik cabaran yang dihadapi siswa guru ketika kekalutan pandemik melanda, mereka
menyatakan tahap kesediaan dalam pembelajaran dalam talian berada dalam tahap
memuaskan atau sederhana. Walaupun dalam keadaan berjauhan dengan rakan-rakan dan
pensyarah, para siswa guru Pendidikan Jasmani mampu dan berusaha mengadaptasikan diri
mereka dengan keadaan sekeliling bagi memastikan pembelajaran dalam talian berlangsung
dengan baik
Hal ini kerana ini merupakan semester yang ketiga mereka menghadapi pembelajaran dalam
talian dan ini telah membuatkan mereka sudah terbiasa dengan situasi demikian. Mereka
beranggapan pembelajaran dalam talian memberi peluang kepada mereka untuk lebih
mendalami ilmu teknologi maklumat agar boleh dipraktikkan apabila berkhidmat sebagai guru
kelak.
Pengalaman yang dialami oleh siswa guru dalam pembelajaran dalam talian mampu
mempersiapkan mereka dalam menghadapi cabaran pendidikan dan melahirkan pendidik
yang sentiasa bersedia dalam segala perubahan sistem pendidikan.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Kajian akan datang boleh dibuat dengan mengkaji populasi siswa guru Pendidikan Jasmani
yang lebih besar di peringkat IPGM. Kajian juga boleh dilaksanakan dengan mengambil
pensyarah Pendidikan Jasmani sebagai responden dalam mengenal pasti cabaran yang
dihadapi sepanjang menjalankan pembelajaran dalam talian. Memandangkan subjek
Pendidikan Jasmani memerlukan pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal dan sekiranya
pandemik ini berterusan, adalah wajar sekiranya satu modul dan video diwujudkan sebagai
pemudah cara pembelajaran. Selain itu, infrastruktur dan kemudahan pencapaian internet
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1121

