Page 1148 - e Prosiding Serai 2021
P. 1148
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
drama juga dapat meningkatkan kerjasama pelajar melalui kerja berpasukan. Ini juga dapat
meningkatkan minat pelajar untuk belajar terutamanya Bahasa Inggeris.
Athiemoolam (2004) menyatakan bahawa ketika pelajar belajar melalui drama dan
bekerja secara berpasangan atau berkumpulan melalui aktiviti perbualan, mereka berpeluang
untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari atau dibincangkan di dalam kelas. Mereka
akan tolong-menolong dan belajar dari ahli kumpulan. Ini akan mendorong minat mereka
untuk memastikan penyertaan maksimum di antara mereka melalui aktiviti drama.
Drama juga dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar. Davis dan Behn (1978)
menyatakan bahawa apabila ketua kumpulan memberi panduan kepada ahli kumpulan untuk
meneroka, membina, menyatakan konsep dan ekspresi perasaan melalui drama, setiap ahli
kumpulan yang lain akan dapat memikirkan tentang aksi dan dialog yang sesuai dengan
menggunakan unsur-unsur drama. Mereka akan berimaginasi dalam menyelesaikan masalah
dan sekaligus meningkatkan daya kreativiti mereka.
Cabaran Kelas Drama / Teater Sepanjang Pandemik
Kajian lepas mendapati terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh pelajar bagi
melaksanakan kelas dan latihan drama secara dalam talian. Simamora (2020) dalam
kajiannya mendapati pembelajaran dalam talian untuk subjek drama agak mengelirukan
pelajar kerana ia bukanlah pembelajaran teori semata-mata dan memerlukan latihan.
Terdapat responden yang mengatakan bahawa walaupun pensyarah telah memberi contoh
video untuk melaksanakan tarian atau lakonan, namun tidak semua pelajar mampu
melakukannya kerana mereka memerlukan demonstrasi secara bersemuka. Manakala, Moyo
dan Sibanda (2020) dalam kajian mereka terhadap pensyarah dan pelajar kursus teater dan
seni melaporkan kebanyakan pelajar mengalami masalah dalam melakukan raptai dan
persiapan persembahan dan pelajar tidak dapat berhubung dengan baik secara dalam
kumpulan terutamanya dalam memberikan arahan dan mengendalikan raptai. Seterusnya,
Muhammad Azri (2020) menyatakan bahawa sebilangan pelajar sukar mengikuti dan
memahami kelas teater dalam talian. Dalam hal ini, pensyarah perlu memainkan peranan
dalam memastikan pelajar dapat memahami kandungan pembelajaran dengan memberikan
penjelasan yang diperlukan. Sebilangan pelajar juga berasa kecewa dengan pelaksanaan
pembelajaran dalam talian kerana tinggal di kawasan luar bandar, di mana kebanyakan
mereka mengalami masalah internet yang teruk dan mengganggu pembelajaran mereka.
Namun pada masa pandemik ini, kajian Trujillo (2021) mendapati latihan dan
persembahan drama semasa pandemik membina keyakinan diri pelajar. Menurut Trujilo,
pelajar telah diberikan dua pilihan untuk melakukan latihan drama sama ada secara fizikal
dengan memakai pelitup muka atau melakukan latihan secara dalam talian di kediaman
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1126

