Page 1212 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 1212

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               masa  yang  sama membuat mereka  belajar  Setakat  ini  yang tidak  hadir tidak  melebihi  10
               orang. Lebih daripada separuh hadir kelas PdPR yang dilakukan (R3).


               Cabaran dalam Melaksanakan PdPR
               Terdapat banyak cabaran sepanjang pelaksanaan PdPR seperti tiada kemudahan peranti,

               tiada data, berkongsi telefon dan banyak lagi. Cabaran paling utama adalah bagi murid yang
               mempunyai kemudahan peranti tetapi tidak mengikuti kelas PdPR.


               …Kelas  dijalankan  dengan  baik.  Tetapi,  kadang-kadang  kami  ada  masalah  untuk  belajar
               secara dalam talian. Saya juga menghadapi masalah menyertai kelas PdPR kerana terpaksa

               menjaga adik disebabkan ibu bapa saya keluar bekerja dan juga berkongsi peranti bersama
               adik-beradik  semasa  PdPR  berlangsung.  Saya  memang  tak  dapat  mengikuti  kelas

               sepenuhnya. Walau bagaimanapun, cikgu di sekolah sangat memahami masalah yang saya
               hadapi. Penggunaan video dari you tube merupakan satu langkah efektif kerana murid perlu
               mencari maklumat sendiri. Hal ini demikian, murid mengingat sesebuah maklumat atau info

               dengan lebih mendalam. (R1)

               …Saya lebih ‘prefer’ belajar bersemuka kerana kita lebih senang fokus semasa belajar dan

               tiada  sebarang  gangguan.  Kemudian,  bila  guru  memberikan  tugasan,  murid  dapat
               menyempurnakan tugasan dengan masa yang ditetapkan. Susah semestinya hal ini dapat
               menerapkan sifat berdisiplin terhadap murid. Masalah…. Kalau subjek masa pertama, saya

               selalu terlajak tidur. (R2)


               …Antara masalah yang dihadapi murid adalah talian yang teruk dan murid kehabisan data.
               Bagi mengatasi masalah murid yang tidak berjaya menyertai kelas secara atas talian, guru
               membuat  PdPR  secara  gabungan  dalam  talian  dan  juga  luar  talian....jika  video...guru

               membuat rakaman agar murid boleh rujuk pada bila-bila masa. Pada pendapat saya, PdPR
               adalah  kurang  sedikit  berkesan  kerana  kebanyakan  tugasan  murid  rujuk  google.  Mereka

               kurang menggunakan minda dan pengetahuan mereka untuk berfikir. Pembelajaran kognitif
               kurang berlaku…Walaupun terdapat pelbagai cabaran dari murid, penjaga atau kemudahan
               talian, saya menjalankan PdPR dengan sebaik mungkin. Cuma saya berasa agak kecewa
               kerana  tidak  semua  murid  mengikuti  kelas  PdPR.  Situasi  ini  membimbangkan  sekiranya

               PdPR terus berlangsung sehingga hujung tahun. Risau….ada murid yang tercicir walaupun
               tidak ramai. (R3)






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1190
   1207   1208   1209   1210   1211   1212   1213   1214   1215   1216   1217