Page 1214 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 1214
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mengoptimumkan penerimaan pembelajaran murid. Bagi mengatasi masalah murid yang
tercicir dalam mengikuti kelas PdPR, guru boleh menggunakan medium off-line seperti
Telegram atau WhatsApp untuk menghantar tugasan seperti menghantar Modul.
Pelaksanaan PdPR secara off-line menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram
juga adalah sangat sesuai memandangkan kaedah ini adalah mudah dan mengurangkan
penggunaan data (Syed Lamsah, 2017). Penggunaan aplikasi Telegram contohnya boleh
dilaksanakan secara segerak dan tidak segerak. Segerak bermaksud panggilan video secara
individu atau berkumpulan manakala tidak segerak bermaksud, guru boleh menghantar
tugasan, gambar, video dan rakaman dalam aplikasi ini dan murid boleh mendapatkan bahan-
bahan ini pada bila-bila masa.
Guru yang cemerlang sentiasa belajar untuk meningkatkan kompetensi diri dalam
pengajaran seperti menggunakan pelbagai kaedah pengajaran selari dengan perkembangan
teknologi (Nor Amalina & Zanaton, 2018). Penghasilan Channel You Tube sendiri adalah
salah satu kompetensi guru yang unggul. Adalah lebih baik sekiranya guru menyediakan
sendiri BBM kepada murid kerana hanya guru yang mengenali kekuatan dan kelemahan
murid mereka. Ini disokong dengan kajian Petrie (2020), bahawa potensi guru juga boleh
dikembangkan dengan menghadiri kursus, latihan dan program melalui platform dalam talian.
Selain itu, rakaman PdPR melalui Google Meet juga boleh berikan kepada murid
melalui Google Classroom atau medium lain. Penularan wabak Covid-19 ini juga
menyebabkan kebanyakan guru telah berjaya menghasilkan bbm mereka sendiri dan
berkongsi dengan guru lain. Oleh itu, guru boleh menggunakan pendekatan ini untuk
melaksanakan PdPR. Pendekatan ini juga adalah yang terbaik bagi guru membimbing murid
untuk terus menyertai kelas PdPR. Seterusnya, bagi menjayakan PdPR, semua pihak perlu
sentiasa bekerjasama dan bermotivasi agar PdPR ini dapat dilaksanakan dengan berkesan
demi kecemerlangan murid.
Sokongan ibu bapa dan guru terus dipergiatkan supaya murid bersemangat untuk
bangun seawal pagi dan meneruskan PdPR seperti biasa. Perkara ini disokong dengan kajian
Norhayati (2020) yang menjelaskan bahawa peluang yang ada semasa Perintah kawalan
Pergerakan (PKP) memberi ruang kepada ibu bapa untuk memantau pembelajaran anak
mereka. Ibu bapa perlu peka tentang tugasan yang diberikan oleh guru. Sekiranya terdapat
murid yang tidak mengikuti kelas, guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa agar kes
tersebut tidak berlanjutan. Seterusnya, Ibu bapa perlu menyediakan peranti yang sesuai dan
akses internet untuk kegunaan pembelajaran murid. Secara kesimpulannya, dalam dunia
sekarang yang volatile, uncertain, complex dan ambiguous (VUCA), memerlukan semua
pihak bersedia dengan perubahan dalam PdPR. Semua pihak perlu mengadaptasi
perubahan, membuat keputusan secara kreatif dan bekerja dalam satu pasukan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1192

