Page 248 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 248

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Pemeriksaan post-hoc melalui ujian Turkey HSD menunjukkan skor min peningkatan antara
               kedua-dua kumpulan adalah berbeza secara signifikan. Keputusan menunjukkan kumpulan

               rawatan mencatat peningkatan yang lebih tinggi (M=49.25, SP=3.859), berbanding dengan
               kumpulan kawalan (M=21.2, SP=4.604).
                       Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan rawatan merupakan peningkatan

               ketepatan irama yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan.

               Kestabilan Detik

               Kumpulan  kawalan  mencapai  skor  min  peningkatan  sebanyak  4.35  (43.6%)  manakala
               kumpulan rawatan mencatat min peningkatan sebanyak 5.42 (55.6%).


                       Pemeriksaan post-hoc melalui ujian Turkey HSD menunjukkan skor min peningkatan

               antara  kedua-dua  kumpulan  adalah  berbeza  secara  signifikan.  Keputusan  menunjukkan
               kumpulan rawatan mencatat peningkatan yang lebih tinggi (M=5.42, SP=1.872), berbanding

               dengan kumpulan kawalan (M=4.35, SP=4.604).

                       Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan rawatan merupakan peningkatan

               kestabilan detik yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan.

               Perbincangan
               Kedua-dua kumpulan telah menunjukkan kemajuan secara signifikan dari ujian pra ke ujian

               pasca. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pendekatan menghasilkan kesan dalam konteks
               penguasaan ketepatan irama mahupun kestabilan detik.
                       Penggunaan  Sistem  Silabik  Irama  Takateke  meningkatkan  penguasaan  ketepatan

               irama dan penguasaan kestabilan detik dengan lebih baik. Ia membawa kemajuan yang besar
               walaupun  dalam  masa  intervensi  yang  singkat.  Penggunaan  konsep  ‘verbalisasi  simbol’
               menjadikan  Sistem  Silabik  Irama  Takateke  suatu  rujukan  pendengaran  yang  membantu

               pembelajaran corak irama, dan menghubungjalinkan notasi muzik dengan sebutan. Sebutan
               silabik irama membolehkan corak irama didengari secara dalaman, dan membantu ingatan

               corak irama yang dilihat pada notasi muzik kemudian. Peranan bunyi ‘s’ dalam sebutan ‘tas-
               te’ bagi notasi   memberi suatu gambaran jelas terhadap bunyi lanjutan kuaver bertitik.
                       Sistem Silabik Irama Takateke mengamalkan penekanan detik dengan sebutan ‘ta’

               yang konsisten pada setiap macrobeat. Pembahagian detik pula dibahagikan kepada separuh
               bawah dengan sebutan /a:/, dan separuh atas /e/. Maka ia memberi suatu gambaran jelas

               terhadap detik. Nilai pecahan yang dipelajari secara konvesional dapat dilihat secara dalaman
                                                                                                         1
               lantaran perbezaan sebutan vowel /a:/ dan /e/. Misalnya sebutan ‘takateke’ bagi    , iaitu
                                                                                                         4
                                                                                   1
                            1
                                                                                                1
               pertama dan   kedua pada kiraan separuh detik ke bawah, manakala   ketiga dan   keempat
                            4                                                      4            4
               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                227
   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253