Page 252 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 252
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
tahun). Oleh itu, sebagai seorang pendidik yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar
Bahasa Melayu perlu berusaha membantu kerajaan memartabatkan penggunaan bahasa
Melayu dalam kalangan murid di sekolah rendah mahupun murid sekolah menengah. Usaha
guru-guru Bahasa Melayu membolehkan generasi muda dipupuk jati dirinya terhadap bahasa
Melayu sejak mereka di bangku sekolah (Abdullah Hassan, 1987).
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah merubah kehidupan setiap
masyarakat dan termasuklah aspek pendidikan. Jika dahulu guru mengajar murid-murid
secara bersemuka namun COVID-19 menyebabkan pengajaran secara maya menjadi satu
kemestian kepada guru untuk meneruskan pengajaran. Pengajaran secara dalam talian
merupakan pilihan terbaik demi keselamatan guru, murid dan masyarakat (Muniroh Hamat et
al., 2020).
SOROTAN LITERATUR
Guru-guru Bahasa Melayu digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) mengikut kesesuaian topik supaya murid-murid lebih memahami topik
yang diajar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Malahan kajian mendapati
penggunaan TMK sebagai bahan bantu mengajar dalam subjek Bahasa Melayu mampu
menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan (Norhiza Fadila et al., 2016). Melalui anjakan
ketujuh daripada 11 anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013-2025), kerajaan menekankan TMK sebagai salah satu faktor yang boleh
meningkatkan kualiti pendidikan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Menyedari pentingnya TMK dalam pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah melengkapkan semua sekolah rendah dan menengah dengan peralatan,
infrastruktur, perisian serta latihan kepada para guru di bawah projek 1BestariNet. Selain itu,
KPM melalui usaha sama dengan YTL Corporation telah memperkenalkan pelantar
pembelajaran maya yang dikenali Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE Frog) pada
tahun 2011 (Hamzah et al., 2016). Setelah tamatnya kontrak dengan YTL Corporation, KPM
memperkenalkan Persekitaran Pembelajaran Maya lain iaitu kelas Google (Google
Classroom) pada tahun 2019 (Pius et al., 2021).
Apakah yang dimaksudkan sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM)?. PPM
adakalanya dirujuk sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management
System-LMS), e-pembelajaran, Massive Open Online Course (MOOC) atau Modular Object-
Oriented Dynamic Learning Environment (MOODLE) (Hamzah & Yeop, 2016). Pengajaran
maya juga memberi maksud persekitaran pembelajaran secara atas talian iaitu murid dan
guru bersemuka, berkomunikasi dan berkongsi bahan pembelajaran (Martin et al., 2013).
Terdapat tiga komponen penting yang seharusnya ada dalam pembelajaran secara maya
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 231

