Page 447 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 447
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEBERKESANAN KAEDAH FLIPPOT DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN
PELAJAR S13P1/S13P7 BAGI SUBTOPIK POTENTIOMETER
2
1
Suhaiya binti Mokhtar , Nazatul Shima binti Ahmad Zakuan , Tengku Ainun Marshida
3
5
4
binti Tengku Hassan , Nurun Ain Najwa binti Nordin , Dalina binti Daud
1,2,3,4,5 Kolej Matrikulasi Melaka
suhaiya@kmm.matrik.edu.my
ABSTRAK
Kajian tindakan ini memfokus kepada kaedah pengajaran yang sesuai dalam menyelesaikan
masalah potentiometer dalam topik Electric Current and DC Circuit. Tinjauan awal didapati
pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan potentiometer. Kesilapan
pelajar dalam menerbitkan rumus akan mengakibatkan pengiraan yang dibuat oleh pelajar
menjadi salah. Masalah ini telah membuatkan kajian keberkesanan kaedah flippot dalam
meningkatkan kefahaman pelajar S13P1/S13P7 bagi subtopik Potentiometer telah
dijalanakan. Seramai 19 orang pelaja daripada kumpulan S13P1/S13P7 telah dipilih. Hasil
dapatan kajian mendapati peratus pelajar yang mendapat markah lulus telah meningkat dari
53% semasa ujian pra kepada 95 % semasa ujian pos iaitu telah meningkat sebanyak 42%.
Manakala peratus pelajar yang mendapat markah gagal telah berkurang dari 47% semasa
ujian pra kepada 5% semasa ujian pos iaitu berkurang sebanyak 42%. Manakala peratus
pelajar yang mendapat 8-10 markah (pelajar cemerlang) juga meningkat dari 11% semasa
ujian pra dan 79% semasa ujian pos. Hasil keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak
68%. Dapatan soal selidik skala likert pula mendapati lebih daripada 70% pelajar bersetuju
dengan kaedah penggunaan FlipPot.
Kata kunci: Potentiometer, pendidikan stem, flipped learning, flippot, Microsoft excel
PENGENALAN
Anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2012) mempunyai aspirasi untuk memanfaatkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan kualiti keseluruhan
pendidikan di Malaysia. Pemacuan aspirasi ini melonjak dengan kedatangan Covid-19 yang
merentasi dunia global. Cabaran utama para guru adalah memainkan peranan sebagai agen
perubahan dalam membudayakan pedagogi terkini yang lebih berfokus kepada persekitaran
pelantar digital.
Dunia moden terus berubah dengan drastik dan dapat dilihat dengan peningkatan
maklumat setiap hari. Untuk kekal relevan, guru harus sentiasa peka dan mampu berinovasi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 426

