Page 448 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 448
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dengan baik dalam setiap aktiviti pedagogi. Pembaharuan pendidikan mengarahkan guru
kepada keperluan untuk peningkatan profesional yang disebabkan oleh keperluan untuk
memenuhi syarat persekitaran yang dinamik.
SOROTAN LITERATUR
Bermula sesi 2020/2021, kaedah pengajaran dan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka
adalah secara hibrid memandangkan pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia.
Pensyarah perlu bersedia mengelolakan kelas secara maya atau pun secara fizikal.
Perkembangan teknologi yang semakin pesat selaras dengan Revolusi Industri 4.0 telah
mendorong semua pihak mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan pantas yang
berlaku termasuklah warga pendidik dalam bidang pendidikan. Perubahan yang berlaku
antaranya dari aspek pendekatan, strategi, kaedah, teknik, alat, sumber dan bahan dalam
proses pembelajaran (Kaviza, 2020). Justeru, pendidik di Malaysia perlu sentiasa mencabar
diri sendiri dengan mempelajari peralatan yang moden dan sentiasa meningkatkan
pengetahuan serta kemahiran Information and Communication Technology (ICT) dalam
pengajaran dan pembelajaran agar dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih
interaktif, menarik dan berkesan (Noradilah, Najmi & Mohd. Sani, 2020).
Penggunaan teknologi sebagai alat pelaksanaan pembelajaran juga dapat menjadikan
seorang pendidik sebagai fasilitator pembelajaran yang lebih efektif (Noorazman et. al, 2018).
Penggunaan teknologi pembelajaran atas talian akan menjadikan proses pembelajaran lebih
fleksibel kerana pelajar dapat mengakses pembelajaran tanpa mengira masa dan tempat
(Sodiq, 2018). Pembelajaran awal yang berlaku sebelum pengajaran dan pembelajaran iaitu
di luar sesi persekolahan membolehkan aktiviti dalam kelas dapat ditumpukan terhadap
aktiviti berpusatkan pelajar.
Pendekatan inkuiri yang bersandar dengan flipped classroom dapat meningkatkan
minat dan rasa teruja pelajar terhadap subjek Fizik dengan membuatkan mereka ingin tahu
konsep Fizik yang akan dipelajari mereka (Emparan et. al, 2020). Oleh itu, pensyarah
matrikulasi perlu bersedia dengan bahan interaktif yang menarik untuk membuatkan pelajar
berasa teruja memahami konsep Fizik dengan menggunakan platform sedia ada seperti Phet,
Wolfram, GeoGebra software dan sebagainya. Maka, kaedah FlipPot telah diperkenalkan
untuk memperbaiki amalan pengajaran yang sedia ada disamping dapat membantu pelajar
dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan potentiomet
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 427

