Page 46 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 46

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                 4.











                      Sebuah gambar rangsangan ditayangkan. Peserta kajian perlu membulatkan
                      sekurang-kurangnya lima subjek sebagai pelaku dalam gambar tersebut.

                 5.












                      Kemudian, peserta kajian dibimbing untuk mengenal pasti setiap aktiviti yang
                      dilakukan  oleh  pelaku  dalam  gambar  rangsangan.    Setiap  peserta  kajian
                      dikehendaki membina ayat majmuk keterangan berdasarkan gambar secara
                      bertulis dalam Jadual Binaan Ayat yang telah dipos kepada mereka.  Pengkaji
                      memberikan maklum balas terhadap binaan ayat peserta kajian serta-merta.


               Dalam langkah memerhati, pengkaji mengumpul data daripada PK melalui tiga kaedah, iaitu
               pemerhatian  berstruktur,  temu  bual  berstruktur  dan  pascaujian.    Ketiga-tiga  kaedah

               pengumpulan  data  tersebut  dilakukan  dan  direkodkan  secara  dalam  talian  melalui  Google
               Meet, medium Whatsapp serta hubungi talian secara langsung.  Data dianalisis oleh pengkaji
               untuk  meninjau  sejauh  mana  keberkesanan  teknik  WATAK  meningkatkan  kemahiran

               membina ayat majmuk keterangan dalam kalangan murid.

               Berdasarkan  objektif  kajian,  terdapat  tiga  kaedah  pengumpulan  data  yang  sesuai  untuk

               digunakan  dalam  kajian  pengkaji,  iaitu  kaedah  pemerhatian,  temu  bual  dan  ujian  bertulis.
               Kesemua  instrumen  kajian  yang  digunakan  pada  peringkat  prakajian  adalah  secara
               bersemuka  dan  dua  kitaran  secara  dalam  talian.    Sehubungan  dengan  itu,  pengkaji

               menganalisis data-data yang dikumpul tersebut secara deskriptif dan bertema.



               DAPATAN KAJIAN

               Pengkaji telah melaksanakan kitaran kedua dengan mengulangi empat langkah dalam Model
               Kemmis  &  Mc  Taggart  (1988)  dengan  melakukan  penambahbaikan  terhadap  kaedah

               pendedahan teknik WATAK menerusi slaid PowerPoint dan Jadual Binaan Ayat khususnya
               bertumpu pada bahagian sebab dalam teknik WATAK serta penerangan teknik menggunakan


                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      28
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51