Page 47 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 47

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               pendekatan  induktik.    Hasil  dapatan  kajian  melalui  ketiga-tiga  jenis  instrumen  kajian  yang
               digunakan pada peringkat pra, kitaran pertama dan kitaran kedua dianalisis dan dihuraikan

               secara terperinci untuk menjawab dua persoalan kajian berikut.

               Soalan kajian 1:

               Adakah  murid  dapat  meningkatkan  pemahaman  struktur  binaan  ayat  majmuk

               keterangan dengan betul melalui teknik WATAK?

               Soalan  kajian  pertama  dapat  dijawab  menerusi  hasil  dapatan  yang  diperoleh  daripada

               instrumen senarai semak pemerhatian serta borang temu bual pada peringkat kitaran pertama
               dan kitaran kedua kajian.

               Pemerhatian


               Rumusan  perbandingan  data  pemerhatian  berstruktur  antara  prakajian,  kitaran  pertama
               dengan kitaran kedua telah ditunjukkan menerusi Jadual 2 dalam bentuk kekerapan reaksi
               positif peserta kajian mengikut kesemua item yang ditetapkan berdasarkan tema pencapaian

               dan minat.  Berdasarkan Jadual 2, semua peserta kajian telah berjaya mencapai setiap item
               yang ditetapkan oleh pengkaji secara optimum, baik item dalam tema pencapaian mahupun

               dalam  tema  minat.    Oleh  itu,  dapat  dirumuskan  bahawa  penambahbaikan  yang  dilakukan
               terhadap cara pendedahan teknik WATAK menerusi slaid PowerPoint dan Jadual Binaan Ayat
               dalam kitaran kedua telah membawa impak positif kepada peserta kajian khususnya dalam

               aspek pemahaman struktur binaan ayat majmuk keterangan yang betul.

               Jadual 6.1.
               Jumlah kekerapan reaksi positif peserta kajian dalam sesi rawatan (prakajian, kitaran pertama
               dan kitaran kedua)
                       Item              Prakajian        Kitaran pertama       Kitaran kedua
                         1                   0                    5                   5

                         2                   0                    2                   5
                         3                   0                    5                   5

                         4                   1                    5                   5
                         5                   0                    4                   5

                         6                   1                    5                   5
                         7                   3                    4                   5
                         8                   3                    5                   5








                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      29
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52