Page 770 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 770

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                GANJARAN SOSIAL UNTUK MODIFIKASI TINGKAH LAKU MURID ALIRAN PERDANA
                                     SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG HILIRAN

                                                                  1
                             Nuruzzati A’smah binti Esomuddin  dan Suhaimi bin Ramli       2

                                  1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                         nuruzzati17-1063@epembelajaran.edu.my, suhaimi.ramli@ipgm.edu.my




                                                       ABSTRAK


               Tingkah laku disruptif memberikan impak negatif dalam bilik darjah dan mengganggu proses
               pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Oleh yang demikian, kajian berbentuk tinjauan

               ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengaplikasian ganjaran sosial dalam mengubah
               tingkah  laku  negatif  murid  kepada  tingkah  laku  positif.  Instrumen  yang  digunakan  adalah
               berbentuk  soal  selidik  yang  diedarkan  secara  atas  talian.  Soal  selidik  yang  digunakan

               diadaptasi daripada kajian Aini Ahmad dan Norhafizah Hanifah (2015) dan telah diubahsuai
               mengikut kesesuaian responden kajian. Berdasarkan kaedah penentuan Krejcie dan Morgan
               (1970),  sampel  yang  terlibat  adalah  sebanyak  56  orang  guru  yang  mengajar  di  Sekolah

               Kebangsaan Padang Hiliran (SKPH). Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti guru-guru
               berpendapat  bahawa  pengaplikasian  ganjaran  sosial  merupakan  peneguhan  positif  yang

               dapat mengubah tingkah laku negatif kepada positif (Min = 4. 47, SP = 0.46). Justeru, kajian
               ini  diharapkan  dapat  membantu  pihak  sekolah  dalam  menggalakkan  guru-guru  untuk
               mengaplikasikan  ganjaran  sosial  dan  memastikan  pengaplikasiannya  berada  pada  tahap

               yang maksimum.


               Kata Kunci : tingkah laku disruptif, keberkesanan, ganjaran sosial, peneguhan positif.



               PENGENALAN


               Pada era globalisasi kini, profesion keguruan menjadi semakin mencabar dari segi tugas dan
               tanggungjawab  yang  diamanahkan  dalam  membentuk  modal  insan  yang  cemerlang.

               Perubahan  dan  penambahbaikan  yang  berlaku  dalam  bidang  pendidikan  telah  mengubah
               fungsi guru  yang  dahulunya  hanya  sebagai  penyampai  pengajaran kepada fasilitator  atau
               pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).


                       Tingkah  laku  negatif  murid  merupakan  sebuah  topik  hangat  yang  sering  menjadi
               perbualan dalam dunia pendidikan. Menurut Ghani Abdullah & Rahman Aziz (2009), tingkah

               laku  bermasalah  negatif  merangkumi  tingkah  laku  yang  menghalang,  tingkah  laku  yang


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                749
   765   766   767   768   769   770   771   772   773   774   775