Page 825 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 825
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan adalah subjek yang menggabungkan tiga mata pelajaran iaitu
Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan juga
mengandungi unsur-unsur yang boleh membantu meningkatkan minat murid-murid dalam
pembelajaran di sekolah di samping memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zulkifli dan Mohd Jamil (2010), terdapat tiga bidang
utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan.
Pengaplikasian elemen-elemen dalam mata pelajaran ini dapat membantu dalan pengajaran
dan pembelajaran iaitu (i) elemen pergerakan dapat meningkatkan pergerakan aktif pelajar
berfikir dan merasai sesuatu secara langsung, (ii) elemen muzik dapat menzahirkan suasana
yang menyeronokkan dan (iii) elemen seni dapat memperkembangkan sifat kreativiti,
ekspresif dan sifat aktif melalui visual, imaginasi dan daya pemikiran (Zulkifli dan Mohd Jamil,
2010).
Permasalah kajian ini adalah dari aspek pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran
Sejarah di mana didapati murid kurang berminat, sukar dan bosan (Nur Syazwani et al, 2019
dan Yiyi et al, 2020). Oleh hal demikian, perkara ini adalah satu cabaran yang besar kepada
guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah dan ia juga matapelajaran wajib di sekolah. Guru
perlu mengajar secara kreatif dan inovatif dalam mewujudkan peluang interaksi secara antara
guru dan murid, minat murid dan keseronokan dalam matapelajaran ini.
Pengaplikasian Pendekatan Augmented Reality (AR) sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah akan mewujudkan proses pembelajaran yang interaktif,
berpusatkan murid, bersifat terancang dan bersistematik yang dilaksanakan secara real-
time terhadap digital content yang dibuat oleh komputer dengan dunia nyata. Augmented
Reality memperbolehkan pengguna melihat objek secara maya iaitu dua dimensi atau tiga
dimensi yang dipaparkan dalam dunia nyata. Penggunaan AR juga dapat meningkatkan
motivasi belajar murid (Khan, Johnston & Ophoff, 2019). Pendekatan AR menyediakan
pelbagai faedah dalam pendidikan seperti memudahkan kefahaman dalam setiap mata
pelajaran, mengurangkan beban kognitif, meningkatkan motivasi dan minat terhadap mata
pelajaran tersebut, meningkat peluang untuk mengemukakan soalan, peningkatan interaksi
antara murid, peluang baru untuk pembelajaran secara individu, mengkonsepkan abstrak dan
pencapaian yang tinggi (Elmqaddem,2019).
Oleh itu, pengaplikasian pendekatan berasaskan Augmented Reality dalam mata
pelajaran Sejarah diadaptasikan untuk mempertingkatkan kreativiti, motivasi, keyakinan,
fokus, sifat positif, minat yang mendalam dan seronok dalam kalangan murid-murid terhadap
mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah akan mengaplikasikan matapelajaran Seni
Dalam Pendidikan dari perspektif Teori Beban Kognitif.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 804

