Page 2 - Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat
P. 2

Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu


               PANDUAN PELAKSANAAN
               KEM BESTARI SOLAT (KBS) TAHAP SATU

               1.  PENDAHULUAN

                   Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Kem Bestari Solat dan cara
                   pelaksanaannya.

               2.  TAKRIF

                   Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat
                   menunaikan  solat  dengan  sempurna  dari  segi  bacaan  dan  perbuatan.  Aktiviti  ini
                   dilaksanakan  secara  intensif  di  satu  tempat  khas  mengikut  kesesuaian  sesebuah
                   sekolah.

               3.  OBJEKTIF

                   3.1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
                   3.2. Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi perlakuan.
                   3.3. Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
                   3.4. Murid  dapat  menunaikan  solat  secara  individu  dan  berjemaah  dengan
                       sempurna.

               4.  KUMPULAN SASARAN

                   Semua murid beragama Islam tahap satu.

               5.  STRATEGI PELAKSANAAN

                   5.1. Panitia Pendidikan Islam bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut :
                       5.1.1.  Membentuk jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
                       5.1.2.  Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat.
                       5.1.3.  Menyelaras jadual aktiviti Kem Bestari Solat.
                       5.1.4.  Melantik guru yang akan berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator.
                       5.1.5.  Membahagikan kumpulan murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat.

                   5.2.  Memberi  taklimat  kepada  guru  pembimbing  atau fasilitator  berdasarkan  Garis
                       Panduan Pelaksanaan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Kem Bestari Solat (KBS)
                       Tahap Satu yang telah ditetapkan.

                   5.3. Aktiviti  ini  hendaklah  dilaksanakan  dalam  bentuk  latih  tubi  di  luar  waktu
                       Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sama ada di dalam atau di luar kawasan
                       sekolah.


                                                              1
   1   2   3   4   5   6   7