Page 3 - Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat
P. 3
Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu
5.4. Kem ini hendaklah dilaksanakan dua kali setahun.Setiap kem diperuntukkan
masa 5 jam seperti yang telah ditetapkan.
5.4.1. Kem Bestari Solat Pertama : Mac hingga Mei.
5.4.2. Kem Bestari Solat Kedua : Julai hingga Oktober
5.5. Melaksanakan pengisian aktiviti kem seperti cadanganjadual aktiviti Kem
BestarinSolat di lampiran 2(a) dan 2(b).
5.6. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti
dilaksanakan seperti di lampiran 3(a)dan 3(b).
5.7. Murid-murid yang dikenalpasti belum menguasai kemahiran hendaklah diambil
tindakan susulan.
5.8. Merekodkan pencapaian murid dan melaporkan kepada penyelaras kem, ibu
bapa, penjaga, Ketua Panitia, Guru Besar, PPD dan JPN.
5.9. Pengisian Borang Catatan Pelaksanaan Solat sepertidi lampiran 4(a).
5.9.1. Borang Catatan Pelaksanaan Solat diedarkan kepada murid untuk dicatat
amalan solat harianselama 30 hari selepas setiap kem dijalankan.
5.9.2. Ibu bapa atau penjaga mengesahkan catatan murid diruangan yang
disediakan.
5.9.3. Borang yang telah lengkap dikembalikan kepada pihak sekolah untuk
direkodkan dalam e-pelaporan bersepadu.
5.10. Pihak sekolah menyediakan laporan lengkap untuk setiap kem yang
dilaksanakan.
5.11. Kem Bestari Solat yang seterusnya akan mengambil kira kekuatan dan
kelemahan murid berdasarkan penilaian kem yang terdahulu.
5.12. Cadangan:
“Kempen Lima Minit KBSDalam P&P Pendidikan Islam”
Guru Pendidikan Islam memulakan P&P dengan bacaan-bacaan dalam
solat sebagai kempen untuk menerap dan mengukuhkan bacaan dalam
solat kepada murid-murid secara berterusan.
6. AGIHAN TUGAS
6.1. JPN dan PPD bertanggungjawab:
6.1.1. Memberi taklimat pelaksanaan Model Kem Bestari Solat kepada pihak
sekolah.
6.1.2. Memantau pelaksanaan Kem Bestari Solat di sekolah.
2

