Page 4 - buku pengurusan SMSJ 2022
P. 4
piagam Sekolah Berasrama Penuh
BAHAWASANYA KAMI WARGA SEKOLAH BERASRAMA PENUH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI BAGI
Mengiktiraf hak-hak pelanggan :
Mendapatkan perkhidmatan pendidikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap, dinamik
dan berkesan berteraskan peningkatan yang berterusan
Memberikan maklum balas dan penilaian serta mendapat respons positif melalui bakti budi
kami ke arah
1. Kecemerlangan Ilmu
i.Melahirkan sikap positif kepada ilmu dan pengalamannya sepanjang hayat
ii.Memastikan kesinambungan ilmu dan keintelektualan melalui pembinaan minda
iii.Menjamin pembangunan insan yang seimbang melalui penitisan ilmu yang bersepadu
iv.Menyediakan sumber manusia yang berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi
v.Membolehkan bakat-bakat mendapat nilai komersil
vi.Meningkatkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi, dan menghasilkan ciptaan melalui
penyelidikan dan pembangunan
vii.Menjamin kecemerlangan akademik
2. Kemampanan Sahsiah
i.Melahirkan pelajar yang beriman dan bertakwa
ii.Melahirkan pelajar yang dedikasi, bertanggungjawab, dan produktif
iii.Melahirkan pelajar yang penyayang, berbudi bahasa, jujur, amanah, dan berhemah tinggi
iv.Melahirkan pelajar yang bersyukur dan sentiasa mengenang budi
v.Menyediakan landasan ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat
vi.Melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa mengutamakan kebersihan dan kekemasan
3. Kesejagatan Kepimpinan
i.Melahirkan pemimpin yang tegas, berani, bertoleransi dan bijaksana
ii.Melahirkan pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas
iii.Melahirkan pemimpin yang bermuhasabah terbuka dan mengamalkan prinsip musyawarah
iv.Memupuk dan meneguhkan bakat kepimpinan bertaraf antarabangsa.
SM
4. Kejituan Patriotisme
i.Membina kesedaran diri sebagai warganegara
ii.Menanam semangat rela berkorban untuk negara buku pengurusan
iii.Menyokong dan merealisasikan dasar-dasar negara
iv.Melahirkan semangat kekitaan yang kental
0
2
2
2
v.Penyatuan matlamat, idea dan amalan ke arah pencapaian wawasan SJ
vi.Melahirkan semangat hormat-menghormati dan kasih sayang tanpa batasan kaum dan
status
jee2043/www.sainsjohor.com

