Page 5 - buku pengurusan SMSJ 2022
P. 5

Sekolah Menengah Sains Johor



         FALSAFAH SM SAINS JOHOR

         Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Johor ialah satu usaha
         yang berterusan dalam mewujudkan iklim pengajaran serta
         pembelajaran yang kondusif dan mutu perkhidmatan pendidikan
         yang tinggi, berdasarkan kesedaran bahawa semua manusia
         berkemampuan untuk belajar dan boleh diajar kerana kita
         menerima pelajar yang telah terbukti kecemerlangannya, maka
         kita harus melahirkan pelajar yang berprestasi cemerlang agar
         mereka menjadi insan dan warganegara yang seimbang serta
         patuh dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.

         VISI SM SAINS JOHOR

         Melahirkan Modal Insan Cemerlang

         MISI SM SAINS JOHOR

         Menggembleng semua sumber secara efisien dan berkesan

         PIAGAM PELANGGAN SM SAINS JOHOR

         1.Memastikan semua pelajar SM Sains Johor mendapat
         pendidikan yang berkualiti dan cemerlang melalui proses
         pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 ( PAK21 )
         2. Memastikan semua pelajar SM Sains Johor mendapat
         kemudahan asas yang selaras sebagai pelajar sekolah
         berasrama penuh, sebagai usaha mewujudkan iklim sekolah dan
         asrama yang kondusif.
         3. Memastikan semua pelajar SM Sains Johor mendapat khidmat
         dan layanan berteraskan kasih sayang seumpama sebuah                                                   SM
         keluarga besar melalui program “Mentor – Mentee” khususnya
         dan program lain amnya.
         4. Memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada semua pihak                                          buku pengurusan
         yang berurusan dengan SM Sains Johor dilakukan secara
         profesional, cekap, sistematik dan berterusan.                                                             SJ
                                                                                                                              2
                                                                                                                                2
                                                                                                                           0
                                                                                                                         2
                                                    jee2043/www.sainsjohor.com
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10