Page 14 - Buku Pengurusan SMKMN 2021
P. 14

7


                       1.2.4   Objektif Sekolah

                       Selaras dengan status Sekolah Transformasi, objektif utama SMK Malim Nawar adalah
                       memastikan kemenjadian murid dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang

                       menyeronokkan, kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan
                       beraspirasi tinggi dan mempunyai komitmen komuniti yang padu.


                       1.2.5   Piagam Pelanggan
                       Kami guru-guru, staf sokongan dan pekerja Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar

                       dengan penuh tekad dan iltizam menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

                     menyediakan persekitaran yang sesuai dengan kemudahan asas yang selamat bagi proses

                       pengajaran dan pembelajaran untuk memenuhi keperluan kurikulum, kokurikulum dan
                       sahsiah pelajar dan staf keseluruhan.

                     memberi pengajaran dan bimbingan yang berkesan serta berkualiti selaras dengan hasrat
                       Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat sekolah.
                     memastikan urusan kewangan dan pentadbiran sekolah diurus dengan cekap, teratur dan

                       berkesan.
                     memastikan  guru  memberi  teladan  yang  cemerlang  untuk  melahirkan  insan  yang

                       harmoni dan seimbang.
                     memastikan semua urusan mesyuarat diambil tindakan segera selaras dengan tempoh

                       yang diperlukan oleh pihak-pihak berkenaan.
                     menjalin hubungan baik dan erat dengan ibu bapa pelajar, PIBG dan agensi-agensi lain.

                     menerima segala cadangan, pandangan dan teguran yang membina di semua pihak dan
                       usaha mempertingkatkan prestasi, disiplin dan kecemerlangan sekolah.
                     melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin, berketrampilan dan berakhlak mulia.

                     memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak didik sekolah ini.

                     melaksana tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.



                       1.2.6   Moto Sekolah
                                                    ‘USAHA ITU JAYA’



                       1.2.7   Slogan Sekolah


                                           ‘SMK Malim Nawar Wau! Cemerlang!’
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19