Page 10 - Buku Pengurusan SMKMN 2021
P. 10
3
1.1.3 Sejarah Sekolah
SMK Malim Nawar ditubuhkan pada 11 Januari 1965. Semasa awal penubuhannya, ia
menumpang di SRJK (C) Ying Sing dan dikenali sebagai SMR Malim Nawar. Pada tahun
1967, Blok A, B, C, D dan kantin siap dibina di mana ia menempatkan 6 bilik darjah,
bengkel Kemahiran Hidup, makmal sains dan pejabat. Pada tahun 1969, Blok E dan blok
bangunan dua tingkat siap dibina dan diduduki. Ia menempatkan 8 bilik darjah dan
sebuah makmal sains. Pada tahun 1977, Blok F disiapkan yang mana ia menempatkan 14
bilik darjah dan 2 buah makmal sains. Pada tahun 1979, SMK Malim Nawar mewujudkan
kelas Tingkatan 4 beraliran sastera. Seterusnya, pada tahun 1991, Blok G dengan 12 bilik
darjah siap dibina dan digunakan. Pada tahun 1995, kelas aliran sains bagi Tingkatan 4
diwujudkan. Pada tahun 2000, blok makmal komputer telah disiapkan dan pada tahun
2012, sekolah telah mendapat peruntukan untuk membina blok tandas guru yang lebih
moden. Selaras dengan statusnya sebagai sekolah TS25, SMK Malim Nawar telah
mendapat sumbangan sebuah dewan terbuka pelbagai guna. Dewan ini adalah hasil
sumbangan banyak pihak yang diterajui oleh PIBG sekolah.
1.1.4 Lencana Sekolah
WARNA BIRU : Mencerminkan ketenangan dan kedamaian
WARNA KUNING : Mencerminkan kedaulatan negara
IMEJ BUKU : Menggambarkan ilmu sebagai penerang kehidupan
IMEJ OBOR : Melambangkan semangat kesukanan
1.1.5 Lagu Sekolah
SMK Malim Nawar
Persada putra dan putri
Cekal gagah berani
Hadapi era globalisasi
Usaha itu jaya
Falsafah pegangan kita
Capai kecemerlangan
Gemilang terbilang
Itulah ikrar kami
Warga sekolah ini
Berwawasan berbudaya
Mesra ibu pertiwi
Komuniti berilmu
Capai Perak gemilang
Khidmat bakti cemerlang
SMK Malim Nawar gemilang

