Page 159 - Buku Pengurusan SMKMN 2021
P. 159

127


                                    PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
                                  SMK MALIM NAWAR, 31700 MALIM NAWAR, PERAK.


                   6.1    PENGENALAN
                                      6.1.1  FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

                                 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan
                    ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

                    untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
                    dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat
                           Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

                      bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
                    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


                                          6.1.2  FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

                   Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
                   yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta

                      menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
                          seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


                                             6.1.3  VISI PENDIDIKAN KHAS
                      Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras

                                          Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan

                                                MISI PENDIDIKAN KHAS

                        Membangunkan Modal Insan Berkeperluan Khas Yang Cemerlang Berasaskan:
                                    Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;

                                         Perkembangan potensi diri ke tahap optimum;
                                        Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;

                               Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan;
                                           Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak


                                                        SLOGAN

                                    Usaha ke Arah Jaya Membangunkan Insan Istimewa
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164