Page 48 - Buku Pengurusan SMKMN 2021
P. 48

37


                         Menyedia anggaran perbelanjaan tahunan Pusat Sumber, perbelanjaan pengurusan,
                         penyelenggaraan dan pembangunan
                         Memberi khidmat dan kepakaran PdPc  berhubung dengan teknologi pendidikan dan
                         bidang latihan
                         Membantu merancang dan melaksana program perkembangan staf
                         Memberi motivasi kepada guru dan pelajar ke arah menggunakan pelbagai media
                         pendidikan
                         Merancang untuk mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan
                         pembangunan Pusat Sumber Sekolah
                         Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi luar yang berkaitan
                         dengan Pusat Sumber
                         Menyedia Laporan Tahunan dan Penyebaran
                         Mendapatkan maklum balas penggunaan Pusat Sumber daripada Guru - guru Panitia
                         Mata Pelajaran dan menyebarkan maklumat tersebut semula
                        Perpustakaan/Media
                         Mengagih peruntukan perpustakaan untuk setiap aspek yang diperlukan seperti buku,
                         akhbar, majalah, alatan, perabot dan pengawas perpustakaan
                         Menyedia senarai buku yang dibeli atas nasihat ketua panitia, AJK perpustakaan dan
                         menyemak daripada katalog buku
                         Mengisi borang pesanan daripada katalog buku
                         Menyedia dan mengisi senarai peralatan dalam buku stok/buku peralatan
                         Memberi nombor-nombor pengkelasan mengikut Sistem Dewey
                         Menjalankan kerja-kerja pemprosesan seperti membuat poket, kad pinjaman dan kad
                         katalog
                         Memasuk dan mengemas kini buku dan majalah di rak yang berkenaan
                         Menyediakan fail tegak untuk sesuatu bidang pelajaran
                         Mempamerkan keratan-keratan alih bahasa dan lain-lain pada papan lembut
                         perpustakaan
                         Menyedia sudut buku-buku baharu dan poster-poster
                         Melantik pengawas perpustakaan secara rasmi
                         Menyedia jadual bertugas pengawas
                         Memastikan pengawas perpustakaan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik
                         perpustakaan
                         Menyedia peraturan-peraturan perpustakaan dan dihebahkan kepada semua murid dan
                         satu salinan peraturan dipamerkan di papan kenyataan
                         Mempamerkan jadual penggunaan bilik perpustakaan pada papan kenyataan
                         Menyemak buku-buku semula berpandukan senarai perolehan dan membaiki atau
                         membuat cadangan pelupusan buku-buku yang rosak kepada Pengetua
                         Mengesan buku-buku yang hilang atau yang belum dipulangkan oleh murid/guru pada
                         setiap akhir penggal
                         Menyedia rekod dan graf pinjaman mengikut jenis buku
                         Mengendali Pameran Buku pada peringkat sekolah
                        Makmal Komputer
                         Menentu dan menetapkan murid yang akan mengikuti kelas-kelas komputer
                         Menetapkan kursus dan tajuk-tajuk komputer yang akan diikuti oleh murid dan guru
                         Membantu guru-guru yang menghadapi masalah dalam ICT
                         Mengenal pasti guru yang boleh dan sanggup mengajar tajuk-tajuk komputer yang telah
                         ditetapkan
                         Mengambil langkah-langkah menambah bilangan komputer untuk kelas komputer
                         Memastikan pelajaran komputer tidak melalaikan ibadah solat murid
                         Menguruskan kekemasan, keceriaan dan kebersihan bilik komputer
                         Menyusun jadual penggunaan bilik komputer dan menyimpan rekod penggunaannya
                         Menetapkan peraturan-peraturan menggunakan bilik dan memastikan murid mematuhi
                         peraturan tersebut
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53