Page 4 - E KATALOG DIMENSI 100 RUANG DAN MASA
P. 4
I-IV Kata Aluan
Tema Fyp A202 2020/2021
1. [Di.Man.Si] 100 : Ruang. Dan. Masa.
Ulasan Kuratorial
3.
Kreativiti Dalam Norma Baharu
5. Barisan Penyelia Studio
6. Karya Pameran
62. Barisan Pelajar Fyp
Dimensi 100 : Ruang dan Masa diangkat sebagai tema Pameran
Kursus Projek Tahun Akhir MSR3996 pelajar A202 Semester 2
2020/2021. Tema ini dipilih bersempena ambang sambutan 100
tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2022. DIMENSI
di dalam konteks penghasilan karya menolak unsur-unsur formal
tradisional dan lebih menjurus kepada pembaharuan yang lebih
moden. Pelajar Projek Tahun Akhir (FYP) pada semester ini bakal
merungkai apakah yang dimaksudkan dengan DIMENSI dan
menghubungkaitkan angka ‘100’ berdasarkan kefahaman mereka
terhadap ‘ruang’ dan ‘masa’ secara kreatif dan konstruktif. Elemen
silang disiplin turut ditambah bagi mengetengahkan proses kreatif
setiap pelajar dalam menterjemahkan idea mereka kepada karya
yang merungkai erti makna dimensi itu sendiri. Karya bertemakan
dimensi yang bersifat ruang dan masa bakal dihasilkan dengan
elemen dan sentimen
yang baru.

