Page 7 - E KATALOG DIMENSI 100 RUANG DAN MASA
P. 7

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

                                             Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
                                             dengan limpah kurnia-Nya, katalog ___ (tajuk katalog)
                                             dapat diterbitkan. Tahniah diucapkan kepada Dr. Elis
                                             Syuhaila Mokhtar selaku Penyelaras FYP kerana
                                             memberikan komitmen tinggi yang tidak berbelah bahagi
                                             dalam membimbing para pelajar kursus Projek Tahun
                                             Akhir (MSR3996), semester A202.

                                             Dokumentasi hasil karya dan produk seni pelajar
                                             semester 7, Program Sarjana Muda Pendidikan (Seni)
                                             dengan Kepujian ini mempamerkan himpunan idea
                                             pelbagai cakupan silang disiplin melalui eksplorasi
                                             terhadap media, bahan dan teknik. Isu dan subjek kajian
                                             serta tema digarap dengan kreatif dan inovatif
                                             bersempena dengan sambutan UPSI di ambang 100
                                             tahun pada 2022. Keaslian idea diterjemahkan
                                             melangkaui kelaziman menampilkan keunikan
                                             dipersembahkan dalam gaya berbeza.
                                             Kecekalan dan ketabahan serta iltizam yang tinggi para
                                             pelajar dalam menyempurnakan tugasan dan karya atau
                                             produk seni ini wajar menjadi inspirasi. Bersemangat
                                             waja dan berdaya tahan dalam berkarya saat mendepani
                                             cabaran fasa pandemik Covid-19 yang sukar. Syabas
                                             diucapkan!


















                                                                             iii
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12