Page 56 - E KATALOG DIMENSI 100 RUANG DAN MASA
P. 56
80622
MAIZURIYAH BINTI MOHAMAD
Dalam karya ini, saya ingin mengekspresikan perasaan
kerinduan terhadap ibu tercinta berjauhan beratus batu demi
menyambung pengajian di UPSI. Pengalaman yang saya alami
sendiri inilah yang cuba saya aplikasikan sebagai isu untuk
Projek Tahun Akhir bersesuaian dengan tema Projek Tahun
Akhir yang diberikan pada semester ini, Dimensi 100 : Ruang
dan Masa. Saya cuba memanfaatkan ilmu dan pengalaman
yang saya perolehi semasa di UPSI untuk menghasilkan karya
lukisan dengan mengkaji garisan melalui teknik pembakaran
arkrilik dalam plastik. Hubung kait antara teknik dan bahan
yang saya aplikasikan dalam penghasilan karya lukisan ini
adalah meluahkan perasaan kerinduan yang sukar untuk
dikawal dan sentiasa hangat membara dalam ingatan
sepanjang hayat.
"THE LONGING SERIES"
2x4 kaki
MIX MEDIA DRAWING
56

