Page 59 - E KATALOG DIMENSI 100 RUANG DAN MASA
P. 59
80625
LOSINI A/P SUPPAYAH
100’ Evocation merupakan sebuah karya bersaiz
4x4 kaki yang menggambarkan keriangan pelbagai
budaya yang membawa kesatuan dikalangan
pendidik dan pelajar di Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) yang kini menjurus ke ambang
100 tahun, berlandaskan tema FYP Dimensi:
Ruang dan Masa. Karya ini menggambarkan
Bangunan Suluh Budiman sebagai subjek matter
yang utama. Setiap era mencatat satu perubahan
besar yang seterusnya menganjak paradigma
masyarakat terhadap keunggulan dan ia diiktiraf
sebagai warisan kebangsaan. Seni kolam dalam
karya ini pula memusatkan perhatian pada
keunikan budaya kaum India. Keunggulan
akulturasi budaya ini dipersembahkan melalui
seni catan kontemporari yang menggunakan
m e d i a c a m p u r a n .
100’ EVOCATION
4 X 4 KAKI
CATAN
CATAN KONTEMPORARI
59

