Page 21 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 21

Menulis



                                                                 Rakan Bantu Rakan

                             AKTIVITI             Zuki mendapat brosur tentang Pembimbing Rakan Sebaya
                       Senaraikan isi penting dan   di bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolahnya.
                       bina kerangka mengikut
                       peta pemikiran yang sesuai.                    Peranan anggota PRS

                                                          Konsep  asas  Pembimbing  Rakan  Sebaya  (PRS)        T
                                                          ialah rakan bantu rakan. Dalam usaha membantu         E
                                                          rakan-rakan,  terdapat  pelbagai  peranan  yang       M
                                                          dilaksanakan oleh anggota PRS.                        A
                              Falsafah kami                   Anggota PRS memainkan peranan sebagai suri       17
                                                          teladan kepada murid-murid lain. Mereka akan
                          Bantu diri supaya dapat         senantiasa menjaga tingkah laku dan mematuhi
                          membantu orang lain.            peraturan sekolah. Hal ini selaras dengan etika PRS,
                                                          iaitu sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan norma
                               Prinsip kami               masyarakat serta agama.

                          Sentiasa bersedia dan               Selain itu, PRS juga berperanan sebagai salah
                        rela membantu rakan yang          satu sumber rakan untuk mendapat bantuan. Peranan
                        memerlukan bantuan tanpa          ini bertepatan dengan konsep asas PRS, iaitu rakan
                         mengira agama, bangsa,           bantu rakan. Anggota PRS sentiasa bersedia untuk
                       jantina,kedudukan, perlakuan,      menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh murid
                                dan fizikal.              lain seperti menyelesaikan masalah pembelajaran.
                                                              Seterusnya, anggota PRS turut memberikan
                             Jom sertai kami              galakan  dan  sokongan  kepada  rakan-rakan

                        AKTIVITI KELAB PRS SMKSS:         supaya  mengambil langkah yang positif  ketika
                                                          menghadapi masalah. Sebagai remaja, galakan dan
                           Minggu Tautan Kasih            sokongan moral amat penting untuk meningkatkan
                             Minggu Kerjaya               motivasi murid. Selain itu, tindakan positif bakal
                              Mentor Menti
                           Karnival Pendidikan            mendatangkan kesan yang baik kepada diri sendiri.
                       Pertandingan Melukis Poster            Selanjutnya, anggota PRS berperanan sebagai
                                                          penghubung kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling
                                                          (UBK).  Pihak  UBK  menawarkan  pelbagai
                              Sila kunjungi:
                          Bilik Sekretariat Kelab         perkhidmatan yang berguna kepada remaja seperti
                        Pembimbing Rakan Sebaya           program kerjaya. Melalui PRS, maklumat tentang
                     Sekolah Menengah Kebangsaan          program dan perkhidmatan UBK dapat disebarkan
                                Sri Siantan               kepada murid.


                                                       PERKASA ILMU

                    Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah adalah untuk membantu murid menyelesaikan
                    masalah secara sistematik dan berterusan bagi melahirkan murid yang amanah, berintegriti,
                    kreatif, dan berinovasi.


                                                                                                    201
                         3.4.1                                                                      201
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26