Page 23 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 23

Tatabahasa


                                                                    Kasih Atas Kejujuran

                                  AKTIVITI               Teksi yang dipandu oleh Pak Daus meluncur laju
                         1. Kenal pasti frasa nama.      di atas jalan raya. Dia ingin menghantar seorang
                         2. Hasilkan satu perenggan       pelancong asing ke Pusat Dagangan Dunia Putra
                           karangan berdasarkan frasa      (PWTC) sebelum pulang ke rumah. Pelancong ini
                           nama tersebut.
                                                         bernama Albart. Albart berasal dari Belanda. Albart
                  peramah. Ketika berbual, Albart memuji keindahan Malaysia.                                    T
                                                                                                                E
                      “Cantik sungguh negara ini,” kata Albart kepadanya.                                       M
                      Pak Daus mengukir senyuman. Dia berbangga menjadi rakyat Malaysia, pemilik bumi           A
                  bertuah ini.
                      “Terima kasih, tuan,” jawab Pak Daus.                                                    17
                      Mereka berdua terus berbual ketika teksi Pak Daus semakin menghampiri PWTC. Namun,
                  Pak Daus kecewa sedikit kerana kesesakan lalu lintas menyebabkan perjalanannya ke PWTC
                  tergendala. Kereta bergerak perlahan di jalan raya. Albart menggeleng-geleng kepalanya
                  melihat keadaan ini kerana bimbang akan terlambat.
                      Tidak lama kemudian, mereka tiba di pekarangan hotel. Albart bergegas keluar dari teksi.
                  Pak Daus membantu Albart mengeluarkan bagasi dari dalam but teksinya. Selepas Albart
                  membayar tambang teksi, Pak Daus memandu teksi untuk pulang ke rumah.
                      Malam itu, ketika membawa anak-anaknya ke pasar raya, salah seorang anaknya
                  menyerahkan dompet kepadanya.
                      “Dari mana datangnya dompet ini?” soal Pak Daus kepada anaknya.
                      “Di sini,” jawab anaknya sambil menepuk-nepuk tempat duduk belakang teksinya.
                      “Banyak sungguh duit di dalam dompet itu,” kata anaknya.
                      Pak Daus terkejut mendengar kata-kata itu. Dia menegur
                  tindakan anaknya membuka dompet itu. Pak Daus sedar pemilik
                  dompet itu ialah Albart, penumpang terakhirnya hari ini.
                      Keesokan hari, awal-awal pagi lagi Pak  Daus sudah tiba
                  di  lobi  hotel.  Pak  Daus  bertanyakan  pekerja  hotel  tentang
                  Albart. Mujurlah Albart masih menginap di hotel itu. Pekerja
                  hotel menghubungi Albart. Albart turun ke lobi dengan segera.
                      “Saya tidak dapat tidur semalaman kerana asyik memikirkan
                  dompet saya,” kata Albart sambil berkali-kali mengucapkan
                  terima kasih kepada Pak Daus.
                      Pak Daus berlalu pergi selepas itu. Masih terngiang-ngiang
                  di telinganya, pujian Albart terhadap sikap jujur dan amanah
                  yang diamalkannya itu. Pak Daus tersenyum puas.

                           Jika kejadian seperti di atas berlaku terhadap anda,
                           nyatakan tindakan yang akan anda lakukan.



                                                                                                    203
                         5.4.1                                                                      203
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28