Page 5 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 5

Seni Bahasa


                                                       Pengertian




                                                          AKTIVITI
                         1.  Senaraikan aspek pengulangan kata dan singkatan kata berdasarkan bahan.
                         2.  Hasilkan sajak yang bertemakan kerjaya pilihan menggunakan kata-kata tersebut.
                                                                                                                T
                                                                                                                E
                  Pentas II                                                                                     M
                  (Di ruang tamu, seorang ibu menghampiri anak perempuannya yang sedang asyik melukis)          A
                  Ibu:      Liza, mak lihat kamu ini asyik melukis sahaja. Bukankah mak dah kata jangan        16
                            leka dengan melukis sahaja? Minggu depan Liza akan menghadapi peperiksaan.
                  Haliza:  Tapi mak, Liza nak siapkan lukisan ini dahulu. Pertandingan melukis ini akan
                            tamat esok. Kalau Liza menang, Liza nak sambung belajar di Sekolah Seni. Liza
                            nak jadi pelukis seperti Leonardo da Vinci. Boleh, mak? Bolehlah, mak. (Merayu
                            kepada ibunya)
                  Ibu:     Sudahlah, Liza. (Terdiam sejenak) Sejak dulu lagi mak nak Liza menjadi doktor
                            seperti ayah Liza. (Ibu bertegas)
                  Haliza:  Liza tak  nak! Liza tak  nak, mak! Liza takut melihat darah. Lagipun  Liza
                            nak jadi pelukis. (Ibu mengerutkan dahi sambil mengusap-usap kepala anak
                            perempuannya itu)
                  Ibu:     Pekerjaan itu sangat mulia, Liza. Doktor mengurangkan penderitaan orang lain.
                            Tidakkah tindakan itu mulia, Liza? (Liza termenung seketika)
                  Haliza:  Ya, mak. Liza sedar perkara itu. Liza berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.
                            Kalau dah berjaya nanti, bolehlah Liza pilih sama ada nak jadi doktor atau pelukis.
                            (Haliza terus memeluk ibunya)
                  Ibu:     Pandai anak mak! Lagipun, arwah
                            ayah Liza pernah berpesan, ilmu
                            itu  pelita  hidup.  Jangan  sampai
                            abaikan pelajaran pula. Siapkan
                            kerja sekolah tu. (Perintah ibu)
                  Haliza:   Baiklah, mak. (Haliza akur)


                                           (Ummi Solehah, 2016)





                           Pada pendapat anda, mengapakah aspek
                           pengulangan kata dan singkatan kata
                           digunakan dalam penulisan sajak?


                         4.1.3                                                                      185
                                                                                                    185
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10