Page 6 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 6
Tatabahasa
Ariana Seorang Pereka Hiasan Dalaman
Ariana bekerja sebagai seorang pereka hiasan dalaman.
AKTIVITI Dia sentiasa bekerja dengan tekun untuk memuaskan hati
Kenal pasti kata kerja tak pelanggannya. Ariana telah mendapat tempahan untuk
transitif dan bina ayat membuat pengubahsuaian hiasan dalaman ruang tamu rumah
T dalam perenggan. Encik Zaidi. Encik Zaidi telah datang ke pejabat Ariana untuk
E berbincang tentang kos bagi membuat pengubahsuaian hiasan
M dalaman ruang tamunya itu. Dia perlu memberikan nasihat tentang pilihan reka bentuk
A dalaman yang sesuai kepada pelanggannya.
16 Setelah meneliti reka bentuk pilihan ruang tamu rumah Encik Zaidi, Ariana telah pergi
ke rumah pelanggannya itu untuk melihat keadaan ruang tamu yang ingin diubah suai. Dia
tiba di rumah Encik Zaidi bersama-sama dengan rakan setugasnya. Mereka berbincang
tentang kerja-kerja pengubahsuaian. Terdapat banyak kerja pengubahsuaian yang perlu
dilakukan untuk mencantikkan ruang tamu itu. Dia juga telah mengenal pasti barangan
yang diperlukan untuk kerja pengubahsuaian itu. Contohnya, cat, perabot, lampu hiasan,
kertas dinding, langsir, dan lain-lain lagi.
Seterusnya, kerja pengubahsuaian bermula dan Ariana
sentiasa memastikan ruang tamu pelanggannya itu dapat
dihias indah. Kerja pengubahsuaian berjalan lancar
mengikut pelan yang telah dirancang. Pekerja Ariana juga
sentiasa bekerjasama dan mereka saling membantu.
Akhirnya Ariana dan pekerjanya berjaya menyiapkan
tugasan itu mengikut masa yang telah ditetapkan. Encik
Zaidi tersenyum kerana berpuas hati dan kagum akan hasil
kerja Ariana. Anggota keluarganya juga gembira melihat
perubahan itu. Ruang tamu Encik Zaidi menjadi sangat
cantik dan kemas.
TEROKA MINDA
Lakar satu reka bentuk hiasan dalaman kelas
anda yang menarik. Buat pembentangan
tentang cadangan tersebut.
PERKASA ILMU
Sila layari laman sesawang berikut untuk mengetahui
tentang hiasan dalaman.
https://www.youtube.com/watch?v=gnaHcHBi_Bs
186
186 5.1.4

