Page 33 - ICGE VIII - ABSTRACT BOOK UPDATED 22 NOV 2020
P. 33
INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION VIII
“Visioning the Future of Education”
PEMBANGUNAN DAN UJIAN KEBOLEHGUNAAN INTELLIGENT
COFFEE BOOKLET (iCB) SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI
PROGRAM OPERASI PERHOTELAN DI KOLEJ KOMUNITI
Amizah Mohamed, Syarifah Nurul Farhana Syed Mohd,
Muhammad Syafiq Muhammad Sahar
(mijah197@gmail.com)
Abstrak
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji penerimaan dan kebolehgunaan
Intelligent Coffee Booklet (iCB) sebagai bahan bantu mengajar bagi Program Operasi
Perhotelan di Kolej Komuniti. Tahap kebolehgunaan diukur berdasarkan empat
dimensi iaitu Pengajaran dan pembelajaran, Motivasi, Reka bentuk dan Aspek
teknikal. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan yang berbentuk
kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi mengikut
konteks pembelajaran TVET. Seramai 32 orang responden telah dipilih secara rawak
yang terdiri daripada pelajar Program Operasi Perhotelan Kolej Komuniti Malaysia.
Borang soal selidik diedarkan dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan
statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi dalam keempat-
empat dimensi iaitu Pengajaran dan pembelajaran (skor min = 4.9), Motivasi (skor
min = 4.85), Reka bentuk (skor min = 4.72) dan Aspek teknikal (skor min = 4.77).
Daripada hasil dapatan dan persepsi positif yang diperoleh daripada kajian ini,
penggunaan iCB ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar Kolej
Komuniti selari dengan penyampaian pendidikan dan latihan yang menepati keperluan
industri termasuk pengayaan kemahiran digital yang dapat melahirkan generasi pintar
TVET dengan kemahiran abad ke-21 dan 4IR.
Kata kunci : Bahan Bantu Mengajar, Program Operasi Perhotelan, Coffee Booklet
31

